Hari Selasa haritu encik suami balik bawa masuk parcel. Tak perasan pula ada parcel sampai. Tapi tahu lah parcel apa. Jadi tak ada lah sesi buang masa berfikir di luar kotak.
Beberapa hari sebelum tu pada 6 Jun saya dapat email, kak SA kata hadiahnya dah pos. Saya tengok anggaran masa sampai 10-15 Jun macam tu. Tahu-tahu dah sampai pada 10 Jun. Betullah tu mengikut anggaran yang diberikan.

Rupanya hadiah tu dari Jakarta. Patutlah anggaran masa ambil masa. Jauh betul Kak SA order sampai ke Jakarta nun. Isi dalamnya pun saya dah tahu. Kak SA bagitahu siap-siap dan hadiah ni istimewanya Dania yang pilih.
Kita pun tak sabar nak buka parcelnya. Buka-buka je, "wahh cantiknya beg!". Tapi tak boleh terus ambil gambar sebab beg tu tak ikut bentuknya. Dilipat. Payah nak betulkan bentuknya.
Kena bentukkan elok-elok esoknya baru saya ambil gambar. Materialnya keras sikit macam tikar plastik keras dan anyaman macam mengkuang gitu.

Ini dipanggil beg apa? Tote bag ek? Suka sangat design zigzag ni. Cantik gabungan warna putih dan hijau, mesra alam nice sangat. Ada juga butang untuk tutup begnya.

Beg macam ni bolehlah bawa pergi picnic tepi pantai. Kalis air. Ruang dalamnya pun besar.
Terima kasih kak SA. Rezeki saya jadi komentator terpilih blog Suriaamanda bulan Mei yang lepas. Sekian lama kita tak berada dalam carta, tahu-tahu terpilih pula. Alhamdulillah...
Semoga kak SA dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan selalu berkongsi rezeki dengan blogger-blogger lain.
Rajin-rajinlah singgah dan tinggalkan komen beramah mesra. Hari-hari ada je ceritanya yang kadang relate dengan kita. Jomlah kita jalan ke blog SuriaAmanda.
48 تعليقات
Alhamdulillah.. Tahniah sis Phiza... Lawa beg tu.. Memang sesuai lah bawa p piknik...
ردحذفTerima kasih Linda. Lawa kan, bawa jalan pun ok ni. OOTD ke kan.
حذفAlhamdulillah
ردحذفRejeki dapat hadiah
Alhamdulillah...rezeki tak salah alamat.
حذفcantikkkkk begnyaaa
ردحذفtahniah fiza....
boleh isi mcm2 ni...
lasak pun ya...
Sangat cantik. Terima kasih Anies. Betul tu, tahan lasak dan macam-macam boleh isi.
حذفwahhh memang cantik.... taniah2
ردحذفKannn...Terima kasih Kak Dana.
حذفtahniah jadi komentator terpilih..
ردحذفAlhamdulillah. Terima kasih Afeezz.
حذفAlhamdulillah Mbak dapat hadiah berupa tas yang cantik.
ردحذفMenarik juga anyaman nya dan saya suka dengan warnanya.
Salam,
Waalaikummussalam. Ya, corak anyaman dan gabungan warnanya cantik sekali.
حذفAlhamdulillah rezeki Fiza 👍🏻
ردحذفMemang cantik beg tu.. Trend skrg kot, beg ala² mengkuang ni
Alhamdulillah...rezeki saya. Betul tu kak, saya perasan corak petak macam anyaman tikar tu tengah trend juga.
حذفLawa la, sesuai memang bawa gi picnic.
ردحذفMemang lawa. Bawa jalan atau beli barang sesuai jugak ni. hihi...
حذفWow!. Beautiful bag. Kalau bukan utk picnic pun, cantik dipakai dgn busana melayu, nampak classic. Congrats Sis.
ردحذفBetul betul. Setuju! Kena sangat dengan tema tu.
حذفAlhamdulillah dan Tahniah Fiza.
ردحذفAlhamdulillah...Terima kasih.
حذفOkeh... ini buat uncle jeles!
ردحذفJangan jeles uncle. Boleh cuba tinggalkan komen di blog SA. Mana tahu rezeki uncle pulak kan.
حذفCantiknya. Tahniah jadi pemenang.
ردحذفSangat cantik. Terima kasih Cie.
حذفAlhamdulillah, tahniah kak
ردحذفAlhamdulillah...Terima kasih Taufik.
حذفCantik la fiza... beg trending skrg
ردحذفCantik sangat. Ramai yang kta begitu, trend sekarang.
حذفcantiknya beg.. tahniah fiza
ردحذفSangat cantik. Terima kasih kak.
حذفAlhamdulillah…tahniah Fiza!
ردحذفCantik design beg ni. Klasik moden.
Terima kasih Kak Ujie.
حذفYa, gabungan klasik dan moden gitu.
Alhamdulillah...nasib baik Fiza suka..itu namanya straw tote bag, Nia la pilih tu..dia kata sesuai nak bawak jalan, shopping ke atau boleh buat bag letak telekung..terima kasih sebab selalu support...
ردحذفSuka sangat kak. Ohh straw tote bag. Terima kasih Nia juga. Beg pelbagai ni.
حذفSama-sama kak. Terima kasih sekali lagi.
Cantikkkk, kalau Sis letak barang solat travel dalam kereta, sesuai sangat niii
ردحذفSangat cantik. Okay juga tu kan. Terima kasih bagi idea.
حذفTahniahhh !!
ردحذفCantiknya beg anyam ni. Kalau dapat buat OOTD, confirm meletop 🔥"
Siapa je yang tak suka beg anyam macam ni? Classy, eco & local ..
OOTD pakai busana melayu lama lagi letops! Betul, ramai yang suka jenis beg anyam macam ni.
حذفIni disebut woven bag kak. Saya pun sukaaa, Krn kuat kan. Dan banyak kali dipakai utk letak goodybag sekali . Jadi saat isi dari goodybag dikeluarkan, tas nya memang bisa dipakai juga utk keperluan lain.
ردحذفBukan woven sebab materialnya lain. Cuma jenis design tote bag. Kak SA kata straw tote bag. Material straw plastiknya sangat kukuh dan tahan lasak. Beg pelbagai guna ni.
حذفLawa, beg anyaman macam ni. Tahniah, Fizah!
ردحذفA'ah lawa rupa dia.
حذفTerima kasih Kak Nur.
Tahniah jadi top commentator! Cantik beg tu dan besar. Boleh bawak piknik atau letak telekung!
ردحذفAlhamdulillah rezeki terpilih. Ya, beg pelbagai guna ni. Macam² cadangan ada. hihi...
حذفTerima kasih.
Cantik hadiahnya.
ردحذفSemoga tambah rezeki untuk pengirim dan mengeratkan ukhuwah.
Sangat cantik. Alhamdulillah..semoga kak SA dan keluarga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aamiin...
حذفTahniah.... Syukur alhamdulillah rezeki.. 😊
ردحذفAlhamdulillah...
حذفTerima kasih 😊