Dah habis kot musim viral flat peach atau donut peach ni. Sekarang orang tak berebut dah nak membeli. Kalau pergi Jaya Grocer nampak buah flat peach ni memang tak fikir panjang dah, ambil terus masuk bakul.
Dulu masa tengah viral kemain susah nak mencari. Sekarang susah juga sebenarnya nak dapat. Dia tengok musim juga. Kalau ada, merata dapat cari macam di Mydin, Family Store atau Zemart. Ini antara shopping mall yang ada jual flat peach. Ikut nasib jugalah kalau ada stok.
Dulu harga dia macam mahal sikit, selepas viral ni harga dia macam turun sikitlah RM21.90 per pack. Ada 6 biji semuanya. Bukan 7.
7 biji tu dragon ball!
Melihat dari warnanya, masih belum matang. Boleh dimakan tapi kurang juicy sikit dan kurang sikit manisnya. Ranguplah tapi. Kena tunggu dia merah semua barulah sedap dimakan, lembut, manis dan berair.
Tips dia kalau nak makan terus kena cari dan beli yang merah-merah tu. Jadi, tak perlu lah nak tunggu peram sampai masak.



Flat peach white flesh ni lebih kurang 500gram dari Valencia, Spain. Baru makan sebiji buat rasa-rasa sebelum yang lainnya masak elok.

28 تعليقات
Aaa.. lama tak jumpa flat peach ni kan. Dulu kemahen lagi berebut, tapi harganya masih kira mahal lagi kan.
ردحذفDulu dia jadi pujaan ramai. Murah sikit je daripada sebelum ni. Tak banyak menurun harganya. Masih kayangan. huhu...
حذفDulu pernah juga beli masa viral tu... Skrg ni kalau jumpa tak brp nak pandang dah, eksyen haha... Anggur, tembikai juga pilihan hati hihi
ردحذفHihi...kalau viral memang kita kena into the scene. Buat syarat ghaso² je.
حذفTak pernah lagi makan buah nie...haa,nie harga tembikai tengah murah,boleh lah beli
ردحذفNanti kalau jumpa buah ni bolehlah beli dan rasa. Tak perasan pula harga tembikai beli haritu. Belum potong lagi. Ada dengar juga harganya dah murah.
حذفsekarang bila dah tak viral pandang pun buat tak nampak ...ntah kenapa dulu viral sangat sampai kita pun terikut2 berebut hahaha
ردحذفItulah tu. Musim viral memang begitu. hihi..
حذفKadang pandang dan menoleh pun orang tak sudi
ردحذفKesian dia kan.
حذفPenasaran dengan buah ini, saya belum pernah mencobanya Mbak.
ردحذفSaya cek on line, disini harganya ternyata mahal juga...
Salam,
Disana pun harganya mahal ye. Memang ini buah kayangan dimana juga berada kot. Nanti bolehlah beli dan rasa.
حذفsaya so far belum pernah try, pernah pegang masa viral dulu, tapi reganya mahal, cam tak worth, tu yg letak balik, niii so far belum pernah tgk, kecuali ada satu kedai tu, my daily mart tapi jarang pergi sana
ردحذفA'ah harganya mahal sikit. Sesekali beli okay lah. Nak beli selalu tu memang taklah. Sekadar teringin makan.
حذفAda pulak bentuk macam tu ? Dah macam bentuk doh roti canai je....
ردحذفAda uncle. Alamak, jauh perginya tu uncle. hihi…Mesti peminat roti canai ni.
حذفbelum pernah rasa lagi buang ni, tapi tau harganya lumayan.
ردحذفHarga mahal sikit tapi berbaloi sebab sedap.
حذفmasa viral hari tu perghhh kemain cekik darah lagi hehehe...
ردحذفsy sempat makan tp bukan beli macam ni.
buah tu dicampur dalam buko..
sedap laa pulaa...
Yeeee, mahal kemain kan. Tapi ni pun murah sikit je. huhu…Oohh ada eh orang letak dalam buko. Mesti mahal jadinya.
حذفPandai betul pasaraya ni. Habis viral reti pulak nak turunkan harga.
ردحذفTak ingat bila kali terakhir makan buah pic ni. Tapi sata suka bau dia, wangiii. Pastu bila pegang rasa bulu2 halus. Pic penyet dgn pic biasa tu rasa dia sama jekan?
Dia reti turun sikit je awak. Tapi turun jugaklah kan. Bau dia memang wangi. Ada orang memang tak boleh terima bau dia. Peach biasa tu tak silap dia tebal dan rangup sikit kot kan.
حذفBuah peach ni tak pernah rasa. Air sparkling peach pernah hehe. Macam menarik untuk dicuba tapi tak pernah nampak lagi kat sini
ردحذفOoo ada eh air sparkling peach. Tak pernah nampak pulak.
حذفOk…ammi rasa ammi tak pernah membeli sbb harganya mahal kot ahakss. Dasar kedekut
ردحذفFaham, kadang tak rasa teringin nak makan pun.
حذفAkak kalau beli suka amik yang merah2 warna dia..sebab dah msak betul dan lembut
ردحذفSaja ambil yang kurang merah sebab tak nak terus makan, ada buah lain yang perlu dihabiskan dulu. Nanti semua masak, jenuh kan habiskan sekali. hihi...
حذف