Buah durian si raja buah tu kita tahulah ramai peminat. Tapi durian belanda? Tak ramai yang minat. Salah seorangnya, sayalah tu. Tak tahulah kenapa saya kurang minat dengan rasa durian belanda ni. Mungkin sebab rasanya yang masam.
Di kampung ada sepokok durian belanda mak saya tanam. Rajin betul berbuah. Setiap kali balik kampung, saya tengok ada je buahnya. Dia memang tak ada musim dan berbuah sepanjang tahun agaknya.
Sayangnya pokok rajin berbuah tapi tak ada orang yang suka makan. Jadinya kalau ada orang makan, kita bagi je lah. Cuma kakak ipar saya je lah yang rajin ambil kalau balik kampung. Katanya sedap dan sedap juga dibuat goreng macam sukun goreng.

Seriouslah boleh dibuat goreng macam pisang goreng, sukun goreng tu? Saya baru tahu. Kalau kakak ipar tak bagitahu, sampai ke sudah saya tak tahu.


Seriouslah boleh dibuat goreng macam pisang goreng, sukun goreng tu? Saya baru tahu. Kalau kakak ipar tak bagitahu, sampai ke sudah saya tak tahu.

Buah belanda yang ada masih kecil-kecil lagi. Belum cukup matang lagi untuk diambil. Kot ada rezekinya nanti dapatlah buat durian belanda goreng. Macam pelik pula bunyinya.

Selain dimakan begitu saja, sedap juga katanya buat air durian belanda. Jika buahnya di makan atau dibuat minuman, daun durian belanda boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Untuk sakit apa, saya pun tak pasti. Dengar-dengar begitulah untuk perubatan.

Ini bukan bunga durian belanda ni. Hanya selingan sahaja. Hihi...

Selain dimakan begitu saja, sedap juga katanya buat air durian belanda. Jika buahnya di makan atau dibuat minuman, daun durian belanda boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Untuk sakit apa, saya pun tak pasti. Dengar-dengar begitulah untuk perubatan.

Ini bukan bunga durian belanda ni. Hanya selingan sahaja. Hihi...
30 تعليقات
Seriouslah boleh goreng? Baru tahuu
ردحذفTapi kalau air durian belanda memang sedap!
Ye, saya pun baru tahu. huhu...
حذفAir durian belanda tak tahu lah pernah minum ke tidak.
Musim tak bermusim paling Sedappp dan antara buah feberet cik nur masam2 manisss
ردحذفBerbuah sepanjang waktu he hee
Kat kg pun ada sampai terbuang buahnya
Yg lain tak minat
Kalau blk ciknur la tukang ambik buah nya
Itulah tu, jarang orang minat buah durian belanda ni. Bagus juga kak Nur suka, kalau tidak terbiar gitu je kan.
حذفYelah…baru tau boleh buat goreng 😀
ردحذفAkak kurang gemar sebab leceh nak makan ada biji kecik 😄
Bab rasa tu kadang oklah dapat yang tak masam.
Nanti kita try buat kak. Rasa dia macamana. Itu salah satu faktor juga tu. Malas nak makan macam tu kan. Mungkin masa saya rasa tu buahnya belum cukup matang kot. Masam yang tak boleh diterima. huhu...
حذفsedapnya durian belanda..linda suka...dulu masa kecik2 dekat belakang rumah ada pokok nie, rajen berbuah...sekarang dah mahal durian belanda nie..
ردحذفkalau kat rumah taman boleh kot tanam pokok durian belanda nie.. hahaha
Oo Linda boleh geng dengan Kak Nur tu suka durian belanda. Kalau buah rare memang mahal sikit agaknya. Macam tak boleh je tu. Tinggi juga pokoknya nanti.
حذفwaaa blh goreng.....banyak khasiat buah durian belanda ni....
ردحذفYa, itu apa yang kakak ipar saya cakaplah. Setiap buah pasti ada khasiatnya.
حذفBestnya banyak buahnya...akak x sabar tunggu pokok depan rumah tu tengah berbuah sulung..ada 3 biji..baru besar genggam tangan suami akak...ntah bila nak besar lagi agaknya tu...jangkamasa buah tu masak pun x tau...rasa macam dah lebih 3 bulan
ردحذفBoleh tahan juga berbuah banyak. Ooo ada tanam juga ye. Tak pasti pulak berapa lama tempoh masak dia. Harap cepat besar, dapatlah merasa nanti.
حذفSerius sedap jika masak elok buah durian belanda.. Suka sangat :)
ردحذفPeminat buah durian belanda mesti suka makan. Nantilah saya cuba makan yang masak elok tu. Mana tahu tersuka pula kan.
حذفSuka durian belanda ni, tapi tak tau pulak boleh digoreng.
ردحذفNanti-nanti kita cuba, kalau sedap boleh buat lagi.
حذفAir durian belanda sedap.
ردحذفMacam susah juga nak jumpa air durian belanda ni.
حذفAkk suka makan gitu saja dan kalau ada lebih baru buat jus.
ردحذفLeceh sikit nak makan sebab kena buang biji dulu.
Yang leceh makan tu yang macam malas nak makan kan. Ramai juga yang suka minum air durian belanda.
حذفyang saya tahu buah durian belanda ni bagus untuk org yg ada sakit buah pinggang... teruskan berbuah. mana laa tahu kalau ia kelak boleh bantu pesakit buah pinggang
ردحذفOhh ye ke. Baru tahu. Harap begitulah dapat membantu mereka yang memerlukan.
حذفanak pokok durian belanda saya ni belum lagi ditanam dekat tanah. masih elok dalam poly bag.. haha
ردحذفAlhamdulillah membesar dengan baik. Sampai masa boleh pindahkan dia. Kalau dah di tanah cepat sikit tumbuhnya.
حذفDulu tanam cuma dari biji, sekarang dah jadi pokok besar. Alhamdulillah rezeki alam.”Semoga pokok ni terus membesar dengan sihat dan keluarkan buah yg banyak .
ردحذفAlhamdulillah..lumayan hasilnya. Cuma kurang penggemarnya.
حذفSaya sampai skr penasaran kenapa disebut durian Belanda? Kalo di sini sebutnya Sirsak. Dulu sama kayak kakak, saya tak sukaaa. Krn masam.
ردحذفTp semakin besar, jadi suka sebab banyak dibuat juice.
Lalu ternyata daun sirsak bermanfaat dalam pengobatan herbal tumor dan kanker. Cukup direbus, minum airnya.
Jadi skr ini saya baru mau makan sirsak, kalo di juice.
Mungkin sebab rupa dia seperti durian. Belanda pula tak tahu dari mana datangnya. Ooo, kalau buat juice Fanny suka. Makan begitu kurang sikitlah. At least suka juga dengan rasa durian belanda ni.
حذفOo begitu ye, hanya perlu rebus sahaja daunnya. Tak rugi tanam sebab ada manfaatnya selain makan buahnya.
Wah, saya pun baru tahu kalau durian belanda boleh digoreng seperti sukun goreng.
ردحذفTerima kasih perkongsian Fizah.
Nanti ada durian belanda bolehlah try goreng pula.
Sama² Kak Amie. Saya pun baru tahu je kakak ipar bagitahu. Dia suka makan buah durian belanda ni. Tiap kali balik kg, dia je lah yang ambil. Orang lain tak suka. hihi...Selamat mencuba kak Amie. Jangan lupa share buat entry.
حذف