Buah durian si raja buah tu kita tahulah ramai peminat. Tapi durian belanda? Tak ramai yang minat. Salah seorangnya, sayalah tu. Tak tahulah kenapa saya kurang minat dengan rasa durian belanda ni. Mungkin sebab rasanya yang masam.

Di kampung ada sepokok durian belanda mak saya tanam. Rajin betul berbuah. Setiap kali balik kampung, saya tengok ada je buahnya. Dia memang tak ada musim dan berbuah sepanjang tahun agaknya.

Sayangnya pokok rajin berbuah tapi tak ada orang yang suka makan. Jadinya kalau ada orang makan, kita bagi je lah. Cuma kakak ipar saya je lah yang rajin ambil kalau balik kampung. Katanya sedap dan sedap juga dibuat goreng macam sukun goreng.

Durian Belanda

Seriouslah boleh dibuat goreng macam pisang goreng, sukun goreng tu? Saya baru tahu. Kalau kakak ipar tak bagitahu, sampai ke sudah saya tak tahu. 

Durian Belanda

Buah belanda yang ada masih kecil-kecil lagi. Belum cukup matang lagi untuk diambil. Kot ada rezekinya nanti dapatlah buat durian belanda goreng. Macam pelik pula bunyinya.

Durian Belanda

Selain dimakan begitu saja, sedap juga katanya buat air durian belanda. Jika buahnya di makan atau dibuat minuman, daun durian belanda boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Untuk sakit apa, saya pun tak pasti. Dengar-dengar begitulah untuk perubatan.

Durian Belanda

Ini bukan bunga durian belanda ni. Hanya selingan sahaja. Hihi...