Saya mula cuba pakai pada awal tahun 2024. Saya terus ke store nak membeli. Masa daftar kena tunjuk kad pengenalan. Ingatkan kenapa. Rupanya nak semak samada ahli ke tidak. Dia kata saya bukan ahli Amway. Jadi tak bolehlah membeli.
Kebetulan ada ahli Amway yang tengah shopping disitu. Dia tengok kami tak dapat membeli, dia pun approach lah dan membantu. Dalam pada masa yang sama dia ajak lah sertainya member. Tapi saya menolak dengan baik sebab nak cuba je dulu deodorant tu.
Terima kasih orang baik kerana membantu.
Selepas saya pakai, terus jatuh cinta. Berpeluh pun tak risau sebab tak ada keluar bau badan yang pelik-pelik. Rasa yakinlah kita kalau keluar rumah lama-lama atau buat aktiviti hiking tu. Sebelum ni beli deodorant mahal tapi kena restock setiap bulan
Tapi tidak pada G&H Deodorant Amway ni. Saya pakai 5-6 bulan baru habis. Berbaloi dengan harganya tu. Sekali beli mahal tapi pakainya berbulan-bulan lamanya. Bagus betul ye.
Dah naik habis, saya restock pada bulan Oktober 2024. Alang-alang cuba tu beli sekali ubat gigi Glister. Kita ni pakai braces kena cari produk yang terbaik untuk penjagaan gigi.
![]() |
Mac 2024 |
Saya daftar member bawah anak buah saya sebab dia dah lama jadi member dan berniaga. Lepas daftar teruslah membeli stok deodorant dan ubat gigi Amway.
Kali ni dah boleh beli sendiri, tunjuk IC ataupun kad digital ahli. Saya ahli biasa je untuk beli barang keperluan sendiri. Sehari boleh beli 3 items je. Tak boleh banyak-banyak sekali macam orang berniaga. Begitulah undang-undang dia. Strict juga ye Amway ni.
Dulu pernah beli barang Cosway, tak daftar ahli boleh je membeli. Lain syarikat, lain dia punya syaratnya. Kita ikut je lah.
Selepas hampir 5 bulan saya pakai stok yang kedua, saya restock lagi sebelum kehabisan. Bulan 6 barulah dia habis dan saya guna stok baru. Kiranya sebotol roll-on deodorant ni tahan sehingga 6 bulan.
RM30 lebih bahagi 6 bulan, lebih kurang kita spend RM6 lebih sebulan untuk deodorant. Kira berbaloi sangatlah tu kan. Beli juga stok ubat gigi. Ubat gigi ni saya pakai seorang je. Jadi lama lah dia bertahan.
![]() |
Oktober 2024 |
g&h Protect Antiperspirant Deodorant Roll-On
GLISTER Multi-Action Toothpaste
Kalau nak beli, kena daftar ahli dulu. Baru boleh membeli. Tak mahal, RM12 je. Nak beli di platform lain boleh tapi hati-hati jangan sampai terbeli yang fake ye. Nak lebih percaya beli terus di Amway.
22 تعليقات
betul tu, jangan sampai beli yang fake...bahaya
ردحذفBahaya sangat sebab hasilnya berbeza dan risau memudaratkan.
حذفYang tak suka Amway ni satu tu la.. keahlian dia kena daftar setiap tahun. Tapi, kalau ada jer barang nak dibeli macam ubat gigi glister dan deodorant ni, okey la kan.
ردحذفA'ah, kena renew setiap tahun. Sebab ada barang nak beli, itu yang terus daftar ahli je. Kalau tidak, malas juga.
حذفAkk suka yg spray tu...apa nama ntah..body mist kot. Kalau berpeluh² spray yg tu auto rasa confident hehe... .ubat gigi tak pernah try
ردحذفDeodorant jenis spray tu ye. Rasa macam bukan body mist tp deodorant. Nak try yang tu tapi macam nanti cepat habis pulak. hihi.. Nanti bolehlah cuba ubat gigi pulak.
حذفDeodorant ni saya ngam / serasi dengan Nivea je sebab cuba juga pakai yang lain tapi tak serasi. Dulu pernah juga beli barang Amway ni.
ردحذفOohh kalau dah serasi tu baguslah. Susah nak cari produk yang serasi dengan kita kan.
حذفubat gigi tu banyak buih tak?
ردحذفKurang buih. Guna pun sikit je sebesar kacang gitu ikut nasihat doktor dan tak perlu bilas.
حذفLama betul bertahan produk Amway ni kan? Macam2 era dah dia lalui... tapi masih bertahan
ردحذفMaksudnya dah berdekad dekad lah ni ye. Saya baru nak terjebak uncle. Produk bagus tu yang boleh bertahan lama kot.
حذفCie dulu ahli cosway. Best cosway banyak point boleh redeem barang macam2. Sekarang taktau ada lagi ke tak.
ردحذفSaya dulu selalu beli barang cosway moisturiser aloe vera bioglo tu. Best pakai. Sekarang masih ada lagi.
حذفAmmi belum pernah cuba deodorant ni tapi kalau beli protein shake dan supplement lutut ammi guna membership along ammi je. Dapatlah harga discount dia
ردحذفSupplement Amway ni bagus jugakan. Saya belum pernah cuba lagi. Beli yang mana keperluan dulu. Betul, kalau ada membership dapatlah harga diskaun.
حذفAkak x pernah cuba lagi guna product Amway ni
ردحذفBoleh cuba deodorant ni. Best pakai. Sesuailah untuk pakai seharian.
حذفAwal-awal kerja dulu pakai deodorant Amway ni... masa tu keras juga harganya hehe..
ردحذفSekarang pun keras juga harganya. Tapi berbaloilah untuk jangka masa panjang dan kualitinya pun bagus.
حذفSalah satu benda wajib ada sudah tentulah deodorant. Kita rasa selesa, orang sekeliling pun turut selesa sebab tiada aroma badan yang tidak menyenangkan. Setakat ini saya setia dengan Lady Speed Stick. Belum pernah cuba produk Amway. Mana tahu suatu waktu nantu nak cuba. Terima kasih perkongsiannya ya Fizah.
ردحذفBetul! Keperluan wajib ada untuk penjagaan kebersihan diri. Kita selesa, orang pun selesa dengan kita. Ohh lama juga tak guna versi stick ni. Kalau sesuai dengan kita, teruskan. Ya, kalau rasa nak cuba boleh cuba yang ni Kak Amie. Sama².
حذف