Sepatutnya temujanji braces hari Sabtu, 28 Jun tapi tengok klinik buka Jumaat, 27 Jun cuti umum. Ingatkan cuti, rupanya buka. Jadi, kita pun minta lah tukar nak datang hari Jumaat. Senang selesaikan awal sehari, hari Sabtu bolehlah balik kampung.
Lepas daftar, sign consent dan pilih getah o-ring. Sekali lagi kecewa sebab warna hitam tak ada stock. Laku keras betul warna hitam ni. Dah 2 bulan tak ada. Ke saya yang terlambat dah kehabisan stok.
Saya pun pilihlah warna merah. No choice maaa. Warna lain tinggal yang cerah-cerah kurang menarik di mata saya. Jadi, hitamlah pilih pertama saya.

Braces Monthly Review Setahun Sebulan, Jun 2025
Sebelum tukar getah o-ring dan power chain. Doktor scaling dulu gigi. Saya request masa daftar di kaunter. Staff kata sempat, kita pun okay je lah nak scaling. Sepatutnya bulan lepas scaling sebab dah 6 bulan.
Scaling
Tapi sebab bulan lepas braces monthly review dari pakar Orthondontic, jadi kita tangguh lah bulan ni baru scaling. Kali ni punya scaling macam ngilu sikit gusi tu. Bila dah ngilu macam terasa lama pula proses tu.
Nak tak nak kena scaling juga. Dah target nak scaling setiap 6 bulan untuk kebersihan gigi sementara pakai braces ni. Rasa bersih sikit gigi walaupun kita gosok hari-hari kan.
Nak tak nak kena scaling juga. Dah target nak scaling setiap 6 bulan untuk kebersihan gigi sementara pakai braces ni. Rasa bersih sikit gigi walaupun kita gosok hari-hari kan.
Bracket tercabut
Sebelum scaling doktor check dulu gigitan tu. Kena buka tutup buka. Tanggalkan getah o-ring dan power chain. Doktor perasan ada bracket tercabut. Saya pun tak tahu bila masa tercabutnya.Doktor kata dia pun baru perasan. Dia ada kat situ tapi macam tertanggal gitu.
Getah o-ring dan Power chain
Dah selesai scaling, barulah doktor tukar getah o-ring dan power chain. Power chain pula tak ada warna merah macam getah o-ring tu. Saya minta warna hitam. Tak ada stok juga. Sudahnya saya pilih warna blue metallic untuk power chain.
Lepas tu macam tak padan pula getah o-ring merah dan blue metallic. Padahal Okay je biru merah macam JDT kan. Dentist Assistant suggest warna grey. Saya okay kan je. Okaylah nampak padan sikit.
Tapi itulah tak boleh nak makan makanan berkunyit berkari bagai. Nanti confirm cepat berubah warna getahnya. Hmm...
Wayar masih maintain saiz. Doktor kata gigi bawah depan kanan tu macam dah rapat sikit. Jadi, hanya tukar getah ketatkan je. Gigi 4 batang depan bawah tu degil betul ye taknak bergerak masuk ke dalam.
Kali ni pakai power chain tak rasa tekanan tarikan tu sangat. Tak macam masa mula-mula pakai bulan lepas, dia punya sakit tarikan tu rasa macam mula-mula pakai braces. Baguslah kali tak ada sakit tarikan tu. Ngilu scaling tu je lah.
Scaling : RM99

Total cost
Braces monthly fee : RM150Scaling : RM99
Total : RM249
18 تعليقات
Mbak menjalani perawatan gigi seperti ini rupanya.
ردحذفSaya lihat mahal juga ya biayanya.
Semoga sehat selalu ya Mbak.
Salam.
Ya, betul. Boleh tahan juga harganya.
حذفAamiin... Terima kasih ya.
masa tengok kawan pakai braces...ingatkan lepas da habis 2 tahun pakai dah tak perlu pakai...tapi kena pakai pencengkam pulak hahahha
ردحذفKejap juga tu 2 tahun. Saya punya plan ni 2 tahun setengah. Itu pun harapnya tak extend lah. Betul, kena pakai retainer 24 untuk tahun pertama taknak bagi gigi tu bergerak kepada yang asal. Tahun seterusnya boleh buka pakai secara berkala gitu.
حذفgetah ring-o yang dah guna tu fiza simpan ke? ke... doktor ambil terus?
ردحذفDoktor buang terus. Tak simpan. hihi…
حذفBab2 gigi ni Cie paling seram. Scaling pun rasa nak pengsan. Apetah lagi buat rawatan lain.
ردحذفDulu seram juga. Sekarang dah tiap tiap bulan jumpa doktor gigi dah kurang takutnya.
حذفWarna hitam mmng laku keras nampaknya. Kat rumah saya, adik je yg pernah pakai braces ni. Penjagaan dan kos dia mmng boleh tahan laa
ردحذفItulah tu. Stress pulak tak ada warna hitam. Betul, penjagaan dan kos boleh tahan harganya kalau ditotalkan.
حذفBestnya dapat pakai braces
ردحذفSatu hari nanti Cuya pon berangan nak pakai braces sebab gigi bawah bergerak.
Cuma kena keluar kos jela
Semoga impian Cuya akan jadi kenyataan. Pakai braces hilang nikmat makan sikit. Kena banyak pantang makan gitu.
حذفpower chain tu dulu pakai silver la lut sinar la.eh berubah gak jadi kuning maka kiter ambik purple je sekarang.hahaah. elok la pula tak berubah kaler. ambik hijau seram tengok. ambik merah lagi seram
ردحذفHijau tu memang kita elakkan. Itu yang asyik pakai hitam, deep purple, navy blue dan maroon. Merah tu tak merah sangat, dia macam maroon gitu. Cuma dalam gambar nampak cerah.
حذفAmmi pun nak buat scaling. Bukan lebih 6 bulan, tapi rasanya dah 2 tahun tak buat. huhu
ردحذفLama sangat dah tu Ammi. Kena buat tu. Jangan ngelat tau. hihi...
حذفWafi pun cakap nak pakai braces, akak tangguh-tangguhkan dulu bila tengok macam kena monthly checkup. Betul ke Fizah?
ردحذفPayah pulak dahlah dia balik pun tak menentu.
Bergantung pada jenis braces. Macam saya pakai conventional braces kena datang setiap bulan. Kalau self-ligating 2 bulan sekali. Yang lain-lain saya tak pasti. Better kalau nak pakai kena cari klinik gigi dekat dengan rumah. Apa-apa hal senang berurusan. Kalau jauh, jenuh juga nanti. Silap-silap nanti terpaksa skip appointment dan lagi lama tempoh pakai dia.
حذف