Selamat tahun baru 2025. Marilah kita teruskan perjuangan untuk menempuh tahun 2025 pula. Tahun 2024 terlalu banyak cerita yang tak enak. Dunia blog juga terus menjunam jatuh tersungkur. Payah nak bangun tapi gigihkan juga dari dibiarkan terus sunyi. 

Biarkan cerita tahun 2024 berlalu pergi. Hari ni Rabu 1 Januari 2025 Masihi bersamaan dengan 1 Rejab 1446 Hijrah ada 2 peristiwa lembaran baru. Tahun baru macam biasa 1hb merupakan cuti umum Malaysia. Ada juga negeri yang tidak bercuti.

Johor mula cuti Sabtu Ahad

Bermula 1 Januari 2025, negeri Johor dah left group cuti Jumaat dan Sabtu. Johor akan masuk group bekerja hari Isnin sehingga Jumaat. Tapi minggu ni terpaksa kerja 6 hari lah. Ada bagus dan tak bagusnya bergantung pada setiap individu.

Selain tu banyak benda baru akan berkuatkuasa. Baca sekali imbas je belum hadam lagi. Cuti tahun baru tak kemana-mana. Cuti sehari, kita berehat santai je lah di rumah. 

Bab 1: Januari 2025 Selamat Tahun Baru

New change & beginnings.
JANUARY
Page 1 of 365
As the sun rises,
so does the chance to begin anew.
One sip of coffee, one breath of hope.

JANUARY 'COFFEElosophy' :
Start every new chapter with a fresh cup of courage
The wife & co

Cuti Umum/ Public Holiday January 2025

1 Januari 2025 – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
14 Januari 2025 – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
27 Januari 2025 – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
29 Januari 2025 – Tahun Baru Cina (semua negeri)
30 Januari 2025 – Tahun Baru Cina hari kedua (semua negeri kecuali Kelantan)

Bulan Januari banyak cuti ye. Sekarang pun dah nampak kemeriahan dekorasi Tahun Baru Cina. So dah masuk tahun baru ni jangan tersilap tulis tarikh pula. Jangan tak move on dari 2024.