Terlupa pula nak masukkan kisah cendawan busut ni yang dah berlalu bulan Mei haritu. Punyalah lama peram dalam draft. Itulah penangan bila mood dah ke lautan Atlantik. Tak pandai nak balik semula.

Cendawan busut ni mak saya bekalkan bawa balik. Siap dibekalkan sekali daun kunyitnya untuk masak air. Masaknya mudah je. Didihkan air tambah garam sikit dan daun kunyit. Lepas dah mendidih tu baru masukkan cendawan busut yang dah dibersihkan.

Cendawan Busut

Begitulah cara mak saya masak. Ringkas tapi sedap. Rasa cendawan yang asli ditambah pula aroma daun kunyit. Memang sedap! Cendawan busut ni biasanya akan tumbuh selepas hujan. Kalau musim hujan, banyaklah dia tumbuh.

Teringat pula kenangan bila ketikanya arwah abah balik dari kebun. Kalau musim hujan tu ada je bekalan cendawan busut abah bawa. Dibungkus elok dengan daun keladi kadang. Makan segar-segar selepas dituai tu. Sedap betul! Alahaiii rindunya segala kenangan tu.

Gambar cendawan dah dimasak tak sempat nak dipotretkan. Masa tu tengah malas kan. Segala benda malas. Disampuk hantu malas agaknya. Tapi adalah gambar dalam entry lama, cendawan busut masak air.

Dulu gambar asal boleh je. Janji dapat masuk blog. Cendawan ni orang kampung bagi kat mak saya kalau tak silap lah. Tak pernah lagi ada di kawasan rumah. Biasanya oang kutip di kebun-kebun.