Dalam perjalanan balik selepas hiking Bukit Batu Sawa, mencari tempat sarapan yang menarik di kawasan Jelebu ni. Jumpalah Wak Lempeng Private Kitchen. Ada bookmark tempat ni, cuma belum pernah sampai lagi.

Alang-alang dah dekat, mohlah kita singgah bersarapan di sini. 

Wak Lempeng Private Kitchen

Konsep kedai Wak Lempeng Private Kitchen ni macam kedai makan/ warung lama. Dekorasi pun banyak barang-barang lama.

Wak Lempeng Private Kitchen

Bidai kedai Wak Lempeng Private Kitchen di atas bidai buluh. Kami pilih duduk di kawasan terbuka. Malas nak buka kasut duduk di kawasan dalam. Dari pintu masuk tu ada kawasan dalam kiri dan kanan. 

Wak Lempeng Private Kitchen

Beberapa minit menunggu baru ada adik tu ambil pesanan. Terkejut tengok adik tu bawa buku menu macam papan pemotong. Tak lenguh ke tangan nak membawanya. Berat boleh tahan. Kalau kertas laminate tu kan senang.

Tapi apa nak buat. Dah itu konsep dia. Lain dari yang lain.

Wak Lempeng Private Kitchen

Saya pesan air kopi O kurang manis dan kopi o panas kurang manis. Encik suami pula pilih lempeng set dengan kari kambing dan air teh tarik. Eh eh, masing-masing pesan air manis pula tiba-tiba. Bukan selalu kan..

Sementara menunggu pesanan tiba, kita potretkan lah sudut-sudut yang menarik di sini. Di bidai buluh ni juga ditampal senarai menu berserta harga. Harga masih berpatutan lagi.

Wak Lempeng Private Kitchen

Di pintu masuk tadi ada kuih-muih disediakan. Kena ambil sendiri (self service) ye. Disini juga banyak barang-barang lama dijadikan perhiasan. Cantik pula tengok partition rotan tu. Ada juga radio lama di rak.

Wak Lempeng Private Kitchen

Suis lama ni memang rarelah. Di kampung encik suami masih menggunakan jenis suis lama di bahagian rumah papan. Masih elok berfungsi.

Wak Lempeng Private Kitchen

Boleh tahan lama juga menunggu pesanan tiba. Almaklumlah pelanggan ramai. Kena faham dan sabar menanti. 

Tak lama kemudian, barulah lempeng sampai bersama kari kambing. Saya cuma rasa lempeng dan cicah kuah sikit. Lempeng mini ada 5. Sedap rasa lempeng dia, lembut dan gebu walaupun tak crispy di luar. 

Kuah kari kambing pula agak pekat juga dengan sepotong daging kambing bersaiz kecil. Lepas tu lupa tak boleh makan kambing sebab nak derma darah esoknya. Nanti sangkut lagi Hb encik suami. Haiiyaa...

Kami ni bukan pemakan daging. Daging lembu dan kerbau boleh kira setahun berapa kali makan. Daging kambing lagilah, setahun sekali belum tentu. Tapi dah di pesan, encik suami makan je lah.

Wak Lempeng Private Kitchen

Lepas tu baru lontong lodeh sampai. Barulah kami dapat makan bersama-sama. Lotong lodeh dihidangkan bersama sambal kuah kacang. Lupa pula saya nak bertanya sebelum pesan, sambal tumis ke sambal kacang sebab saya suka sambal tumis lagi.

Wak Lempeng Private Kitchen

Malas nak tanya, kita bedal je lah. Bukan tak makan sambal kuah kacang. Cuma bila dah pakai braces ni banyak pantang larangnya. Tak boleh makan keras-keras sangat. Mujur boleh gigit lagi.

Alhamdulillah...sedap betul rasa lontong lodeh ni. Kuah cair pun sodap! Saya fikir semua makanan di sini sedap kot sebab semua hidangan kampung dan cara masakan kampung. Memang sedaplah kan. Itu yang sentiasa ramai orang agaknya.

Wak Lempeng Private Kitchen

Bolehlah kalau nak ulang datang makan di sini. Makanan sedap dan harga berpatutan. Tempat pun menarik.