Sepatutnya appointment braces monthly review B3 bulan Julai pada 18 haribulan. Tapi terpaksa tukar tarikh sebab encik suami ada urusan. Bila tunda, dapat pula hujung bulan Julai iaitu 31 Julai. Bila kira-kira, gap hampir 2 bulan lah gitu sebab kali terakhir pada 8 Jun.

Usai urusan derma darah, berdesup terus ke Medissa Senawang sebab dah terlambat. Tak dapat lah nak berleha-leha lagi. Jom lah kita!

Braces Monthly Review, B3
Tempat wajib selfie, kena sempatkan bergambar di sini. Boleh buat kompilasi nanti buat kenangan. Lepas daftar, terus ke tingkat atas. Pilih warna getah O ring dulu. Tak lama menunggu, giliran saya di panggil masuk. Masih dengan doktor yang sama untuk bulan lepas Jun dan Julai ni.

Braces Monthly Review
Rambang mata nak memilih warna getah O ring

Walaupun rambang mata tapi saya dah pilih dulu warna apa nak tukar untuk bulan Julai. Saya pilih warna midnight purple.

Braces Monthly Review

Tapi bila letak pada bracket braces dia jadi macam warna purple cerah sikit pula. Warna purple ni antara warna pilihan ramai sebab tak mudah bertukar warna dan berikan kesan gigi lebih putih. 

Selain tukar getah O ring yang wajib ditukar setiap kali appointment, doktor tambah wire lace ties dan tukar wire saiz besar sikit untuk tegakkan gigi katanya. Bila pakai wire lace ties ni rasa tekanan tu bertambah sikit. Itu belum lagi pakai power chain

Braces Monthly Review, B3

Gigi yang dulunya bergerak dan senget sebab tak ganti gigi yang cabut dah kembali tegak semula masa bulan pertama dulu.

Disebabkan itu, terjadinya jarak antara gigi depan bawah. Dari depan tak ketara sangat. Tapi kalau dipandang dari tepi nampak juga jarak tu dari dekat. Masih belum rapat lagi. Agak lambat sikit ye progress dia. 

Tak mengapa, kita sabar je.Trust the process!. Pejam celik pejam celik dah hampir 3-4 bulan bersama braces. Sudah serasi bersama dan masih berpantang makan makanan keras. Perjalanan masih jauh lagi.