3 Jun, hari Isnin haritu cuti Hari Keputeraan YDP Agong. Tak ada perancangan nak kemana-mana, jomlah kita hiking Bukit Kepayang kejap. Awal pagi jam 6.52 pagi kami dah mula mendaki. 

Ingatkan tak ramai. Rupanya penuh juga parkir dan ramai orang macam biasa hiking hujung minggu. Cuma dalam gambar je lah orang lain tak kelihatan. Kita tunggu tak ada orang baru ambil gambar. Melainkan kalau ramai sangat.

Cuaca pagi tu agak mendung, suram dan sedikit kelam. Saja nak hiking bagi asah kaki biar tak tumpul.

Hiking Bukit Kepayang

Kami ikut laluan lain dari permulaan trek, terus ke kiri. Trek mendaki yang merupakan short cut kalau ikut dari sebelah kanan. Jimat masa sikit tapi sakit lah sikit sebab kena terus mendaki.

Hiking Bukit Kepayang

Lepas jumpa laluan yang biasa kami lalu, terus mendaki je. Sampai laluan ni kejap lagi tu sampailah ke puncak. 

Hiking Bukit Kepayang

Tak lama mendaki, lebih kurang 15 minit mendaki sampailah ke puncak yang ada tokong Cina ni. Bila dah biasa hiking Bukit Kepayang ni, taklah rasa jauh sangat. 

Seronok sebab boleh dapat masuk hutan di tengah bandar dan dekat dengan rumah. Tak perlu pergi jauh. Pula tu banyak trek. Boleh ikut mana-mana suka. Sesekali tukar route.

Hiking Bukit Kepayang

Bila dah lalu ikut Tokong Cina ni, tak sah lah kalau tak turun bergambar di puncak ada batu ni. Dapatlah layan permandangan kawasan taman Bukit Kepayang dari atas bukit. Kali ni bergambar dengan placard Bukit Kepayang yang berbeza. Tak silap ada 3 jenis tergantung di pokok berdekatan.

Hiking Bukit Kepayang

Teruskan perjalanan lagi. Nampak menarik pula tempat duduk di pokok nan sebatang ni. Dapat duduk layan sunrise ke sunset ke mesti tenang je rasa. Dapat pula tu menghirup secawan kopi. Nice sangat kan.

Hiking Bukit Kepayang

Kami tak terus naik ke puncak bukit sebelah kanan tu, kami ikut laluan bawah belah kiri ni.

Hiking Bukit Kepayang

Jalan terus, selepas tangga ke kuil India ada jalan tar kekanan dan terus menuju ke kuil India. Kami lalu tepi kuil India ni.

Hiking Bukit Kepayang

Kemudian barulah menuju terus ke puncak yang lagi satu ni. Port wajib bergambar setiap kali hiking Bukit Kepayang.

Hiking Bukit Kepayang

Bila dah turun barulah matahari muncul. Lambat pula. Punyalah ternanti-nanti nak tengok atas bukit, tapi tak ada rezeki. 

Hiking Bukit Kepayang

Dapatlah berjalan 3.1km dan sampai bawah jam 8.04 pagi. Pecah peluh dan pecah lemak jugalah walaupun bukit tak tinggi mana.