Rasa macam dah lama tak tengok permandangan waktu senja sebab tak keluar rumah waktu begini. Sesekali balik kampung, dapatlah kita menikmati keindahan ciptaan Allah. Masya Allah cantik betul!

baca juga
penggunaan Penggunaan MasyaAllah, Subhanallah, Nauzubillah dan Astaghfirullah yang betul

Pemandangan senjakala tu cantik dah tapi kualiti camera phone tak berapa nak cantik. Tak dapat digambarkan dengan jelas. Tapi suasana senja tu ada dan tenang untuk dinikmati sebelum matahari hilang dari pandangan.

senjakala. [sen.ja.ka.la] | سنجاکالا

Definisi : waktu senja

sumber : Kamus Dewan eidisi keempat (https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=senjakala)

Menangkap Senjakala Yang Indah

Mungkin boleh juga dipanggil layung, iaitu corak warna kuning kemerah-merahan di langit pada saat matahari terbenam.

Menangkap Senjakala Yang Indah

Terpaling cantik suasana ni kalau berada di tepian pantai atau digunung ganang. Kannn? Lagi luas mata memandangnya.