Sudah habis modal nak dibuat entry blog. Terasa rimpuh tak terpermanai sampai tak mampu si otak nak jana idea. Barangkali kena bawa berehat dulu. Sambil tu kita belek-belek handphone kot ada gambar yang menarik untuk buat modal blog.

Haa ada pun! Jadilah gambar pokok semalu atau dipanggil puteri malu menghiasi entry petang ni. Pokok semalu scientific name, Mimosa pudica.

Pantang jumpa pokok semalu ni, mesti nak diusiknya. Suka tengok bila dia cepat-cepat menguncup. Sebab itu ke dipanggil pokok semalu. Sebab kuncup tu tanda malu?
 
Pokok Semalu

Bila kita usik, secara automatik akan menguncup macam dalam gambar di bawah. Selepas beberapa minit dia akan kembali kembang. Pokok semalu ni sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh liar. Tapi ada khasiatnya. Setiap tumbuhan tu pasti ada manfaatnya kan. Cuma kita je tak tahu. 

Pokok Semalu

Bunganya pun cantik cuma masa ambil gambar ni dia masih belum kembang. Kalau kembang cantik macam bunga dandelions. Tapi awas! batangnya berduri macam batang bunga ros.