Merujuk kepada tajuk, benda tu terjadi pada blog korang tak? Saya perasan sejak minggu lepas kot kalau tak silap. Pageviews blog mula merundum. Boleh dikatakan menurun lebih dari 50% macam tu.

Tak ada ubah apa-apa pun. Tahu-tahu menurun gitu je. Stress pula kita wak! Tapi masih berfikiran positif. Biasalah kan dunia blog ni ada turun naiknya. Begitu juga dengan mood. Kejap rajin, kejap malas, kejap writer's block.

Algorithm Google October 2023 Berubah

Saya fikir mungkin algorithm google berubah. Ye, memang betul pun. Algoritma Google sentiasa berubah-ubah seiring waktunya demi menjaga kualiti. Jadi, tak peliklah kenapa semua itu berlaku.

Itulah kesannya bila Algorithm October 2023 berubah. Bukan je pageviews menurun dengan banyaknya. Malah, banyak juga entry yang lama-lama hilang dalam carian google. Bila algo berubah, blog yang dah index pun lambat nak muncul dalam google. Katanya dah selesai tapi sampai ke harini macam tu juga pergi dia. Kadang ada, kadang tak ada. Daripada hantaran X di atas, rupanya ramai blogger mengalami masalah yang sama.

Bertabahlah menghadapi masalah ni. Tetaplah semangat berblogging.