Biasanya pagi hari Sabtu dan Ahad, hari cuti untuk sediakan sarapan pagi. Kita cari sarapan dari kedai je lah. Haritu encik suami beli nasi lemak dan saya pesan beli kuih sekali. Semasa keluarkan makanan dari bungkusan plastik, semacam pelik tengok satu kuih ni.

Kuih apa ni? Tanya saya pada encik suami. Kuih karipap inti sardin katanya. Karipap? Berkerut dahi saya disebabkan kehairan dengan rupa paras kuih karipap sardin. Lain macam rupa karipap ni.

Pertama kali tengok kuih karipap semacam ini. Saya pun rasa. Ye, memang betul kuih karipap. Intinya sardin. Lepas tu saya pun google lah. Ohh memang ada rupanya kuih karipap macam ni. Namanya karipap gulung sardin atau sardin roll.

Dari mana asalnya saya pun tak pasti. Tak mengkaji jauh, hanya setakat tahu namanya saja. Bentuknya macam croissant versi kurus. Hujungnya yang panjang tu agak keras tapi rangup. Rasa dia memang rasa karipap biasa inti sardin tu. 

Cuma beza rupa paras dan intinya sikit je lah. Tapi tak sampai tahap inti oksigen lagi.

Karipap Gulung Inti Sardin

Karipap gulung ni agaknya lebih mudah nak buat kot. Tak perlu kelim tepi. Gulung-gulung je dah siap. Yang penting doh kulit karipap tu kena sedap. Bila digoreng dia rangup.

Karipap Gulung Inti Sardin

Jenis yang suka makan kulit karipap lebih daripada inti mesti akan suka dengan karipap gulung macam ni. Nampak macam mudah nak membuatnya. Nampak je mudah, tapi bagi saya tak semudah yang dibayangkan. Sebagai pengagal buat karipap, saya lebih rela beli dari buat sendiri. Yang faham je faham.