Hari ini 13 September merupakan hari Rabu terakhir dalam bulan Safar 1445H dimana dikatakan akan berlaku musibah. Berikut penjelasan daripada JAKIM tentang perkara ini bagi tidak menimbulkan salah faham. 

Bulan Safar Bukan Bulan Sial

BULAN SAFAR BUKAN BULAN SIAL

Tular di media sosial yang mengatakan 13 September yang juga Rabu terakhir bulan Safar akan berlaku musibah. 

Galakkan melakukan ibadah bagi mencegah berlakunya bala dan mengaitkannya dengan bulan Safar merupakan kepercayaan karut yang pernah dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliyyah.

Kepercayaan seperti ini hendaklah dijauhkan oleh umat Islam kerana ini adalah perbuatan yang ditegah oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.—Riwayat al-Bukhari (5770)

Dalam Islam, tiada bulan yang buruk. Semua bulan adalah bulan-bulan yang baik. Semoga Allah lindungi dan rahmati kita semua. Aamiin...

sumber info & images : JAKIM