Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT juga akan mengadakan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDT vs Albirex Niigata Singapore FC yang akan berlansung pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, jam 6.00 petang di Stadium Sultan Ibrahim.
![]() |
sumber : Johor Southern Tigers |
PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA JDT VS ALBIREX NIIGATA SINGAPORE FC
Waktu : Sabtu, 17 Jun 2023, 6.00 petangVenue : Stadium Sultan Ibrahim
Tiket : percuma
Penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, JDT boleh menyaksikan perlawanan JDT vs Albirex Niigata Singapore FC secara percuma di Stadium Sultan Ibrahim tanpa perlu membeli tiket.
Pemegang Pas Bermusim JDT 2023 akan ditempatkan di kawasan Grandstand manakala mereka yang tidak memiliki pas bermusim boleh masuk melalui Pintu C.
JDT juga akan menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan. Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.
2 Comments
waduhh, tiket percuma tuhh,., ada live streaming x wak nk tgk dari Batam je., hehe
ReplyDeleteItulah tu. Kalau dekat boleh jugak ke Stadium kan..tak pastilah wak. Kalau ada boleh tepek sini.
Delete