DRAMA SPECIAL FORCE ANARCHY
Jumlah episod : 7Mula siaran : 14 Januari 2023
Siaran TV/Penstriman : Disney+ Hotstar
Penulis skrip : June Tan, Nazri Vovinski
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK
- Puteri Aishah sebagai Iman
- Hasnul Rahmat sebagai Komender Qabil
- Dato’ M. Nasir sebagai Umar
- Yusuf Bahrin
- Steve Yap
- Dynas Mokhtar
- Theebaan G
- Fify Azmi
- Chacha Maembong
- Elizabeth Tan
- Johan As’ari
- Daniella Sya
SINOPSIS DRAMA SPECIAL FORCE ANARCHY
Kisah perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!
Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).
Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).
Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.
6 Comments
Selamat menonton.
ReplyDeleteBaiklah :)
Deletewow ada m nasir la
ReplyDeleteYa, tapi watak antagonist katanya.
Deletetngok poster dia gempak.. nice betul
ReplyDeletePoster ada daya tarikannya. Harap gempak juga ceritanya.
Delete