Macam dah lama tak muncul dalam carta top komentator mana-mana blog. Tahu-tahu dapat hadiah top komentator dari Blogger KakRet. Hadiah sempena jadi Top Komentator bulan Oktober 2022. Sebelum tu KakRet ada whatsapp bagi tracking number.

Nasib baiklah juga sampai selepas balik dari kampung. Sampai-sampai je terus kita buka bungkusan. Tak sabar nak tahu hadiah apakah. Tudiaaa...beg comel burung hantu dan pouch comel gajah Hatyai mariii! Ni mesti shopping masa cuti-cuti Thailand haritu kan. 

sourvenir thailand

Comel! Terima kasih KakRet a.k.a Ako Tetap Ako berkongsi rezeki bagi sourvenir Hatyai. Hatyai memang terkenal dengan ole-ole beg ada gambar owl dan gajah. Barang wajib beli di thailand. Dengan itu, bertambah koleksi beg comel kita. 

Semoga KakRet dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aamiin...