Singgah MR. DIY nak membeli USB mini handheld fan siap sedia untuk guna bila perlu terutamanya aktiviti outdoor ketika cuaca panas. Sebenarnya siap sedia untuk majlis anak buah yang dibuat di dewan terbuka. Dah tentulah akan rasa panas sikit.

Ada banyak pilihan USB mini handheld fan di MR. DIY ni rupanya. Selepas membuat perbincangan dengan diri sendiri, saya memilih jenis macam ni. Tapi itulah, yang model ni tak banyak pilihan. Cuma ada 3 kotak je yang tinggal dan semuanya warna yang sama. Warna pink dan biru dah habis.

Tak pelah, kali ni kita pilih fungsi no.1 berbanding warna kegemaran kita. Asalkan dia berfungsi elok. 

mr diy mini hand fan

USB mini handheld fan 

  • Didatangkan dengan lanyard untuk memudahkan sangkut dimana-mana. Boleh masukkan di pergelangan tangan kalau muat. Mana tahu penat nak pegang kan.
  • Kurang bunyi sangat. Ye, memang betul! Bunyi dia perlahan je tak menggangu pun.
  • Ada 3 jenis speed. Saya pakai kelajuan tahap 2 pun dah selesa dah. 
  • Lepas charge, tahan lama guna. Bayangkan beberapa jam majlis tu, masih bertenaga!
  • Saiz nya yang comel dan mudah dipegang. Jenis portable mudah dibawa kemana-mana pun. Boleh masuk dalam handbag.
Memang berguna betul ada USB Mini handheld fan ni. Buat aktiviti luar macam piknik ke, jalan-jalan ke, boleh lah guna. Berguna jugalah beli benda alah ni.