Semasa jalan-jalan beli barang dapur, terpandang biskut OREO Red velvet. Tapi kalini berbeza dengan biskut OREO red velvet cream cheese yang sebelum ini. Biskut OREO red velvet dengan perisa lychee orange lah pula.

Unik kombinasi perisa buah laici dan buah orange. Mungkinkah rasa dia masam manis begitu? Tanpa banyak fikir, ambillah sebungkus buat rasa-rasa. Dalam 1 bungkus ada ada 8 packs. 

Biskut OREO Red Velvet Dengan Perisa Lychee Orange Limited Edition

Setiap satu pek ada 3 keping biskut OREO. Bagus juga ye ada pek kecil-kecil macam travel pek ni. Sekali makan hanya perlu habiskan 3 keping biskut tak perlu simpan-simpan dalam bekas lain. Mudah juga untuk bawa bekal keman-mana.

Biskut OREO Red Velvet Dengan Perisa Lychee Orange Limited Edition

Macamana dengan rasanya pula? Rasa biskut OREO red velvet dah tentu sedap. Memang itu favourite saya. Cuma filling dia perisa laici dan oren tu agak keliru sikit rasa dia. Kejap rasa laici kejap macam rasa oren. Kombinasi yang kurang menepati selera saya.

Biskut OREO Red Velvet Dengan Perisa Lychee Orange Limited Edition

Lebih suka filling cream cheese yang semestinya padanan terbaik untuk red velvet. Okaylah untuk cuba rasa. Tak rasa, tak tahu rasa dia macamana kan. Tapi untuk ulang membeli tu mungkin tidak. Kalau tak pun, makan biskut je kot.


Biskut OREO red velvet perisa lychee orange ni limited edition sempena Chinese New Year yang bakal tiba tak lama lagi. Bila limited edition ni kenalah cepat-cepat dapatkan sebelum tamat tempoh.