Tonton Telefilem Mak Nak Peluk Boleh, telefilem Cerekarama TV3 ulang siaran di TV9 pada hari Jumaat, 16 Disember 2022 pukul 8:30 malam di slot Skrin di 9. 

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh menampilkan pelakon-pelakon hebat Rita Rudaini, Nasha Aziz,Norman Hakim, Fizz Fairuz, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Mak Nak Peluk Boleh, sebuah naskhah Rashid Sibir yang mempunyai jalan cerita yang mantap serta sarat dengan emosi, membuatkan penonton mengalirkan air mata.

TELEFILEM MAK NAK PELUK BOLEH

Waktu siaran : Jumaat, 16 Disember 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Skrin di 9 TV9
Penulis skrip : Azlina Din
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

tonton mak nak peluk boleh full movie online tv9
Mak...Nak peluk boleh arahan Rashid Sibir

PELAKON DAN WATAK

  • Rita Rudaini sebagai Syafikah
  • Nasha Aziz sebagai Miss Daisy
  • Norman Hakim sebagai Fikri
  • Dato' Fizz Fairuz sebagai Arul
  • Ruminah Sidek sebagai Mak Ton
  • Dhia Irdina sebagai Nelly
  • Gen Darwish sebagai Ashman

SINOPSIS TELEFILEM MAK NAK PELUK BOLEH

Syafikah (Rita Rudaini) telah berpindah ke Kuala Lumpur bersama anaknya Nelly (Dhia Irdina) apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya yang bertugas di Sarawak.

Namun dia terlalu obses dengan kerja. Anak yang menjadi mangsa stressnya. Dia telah menghantar anaknya kepada penjaga Miss Daisy (Nasha Aziz). Disitulah tempat anaknya selalu meluahkan perasaan dengan Miss Daisy. 

Namun kemesraan Miss Daisy dengan Nelly tidak lama apabila ibunya mengambil keputusan untuk memindahkan dia ke tempat lain.