Dalam sibuk mencabut pokok ulam raja, terpandang pada mahkluk yang unik ni. Siput tanpa cengkerang! Ehh pelik benar rupa paras siput tanpa cengkerang/cangkang. Memang ada ye siput tanpa cengkerang. Apakah nama dia? 

Ke memang panggil siput tanpa cengkerang? Tak tunggu lama, terus keluarkan handphone dari poket seluar dan potretkan siput tanpa cengkerang ni. Berkebun pun bawa  handphone kan. Kalau tak bawa kemana-mana tu bukan Fiza. 

Pantang nampak sesuatu, mesti nak ambil gambar! Dalam gambar nampak comel pula siput tanpa cengkerang ni. Ada yang penggeli tak tengok siput? Rupa siput tanpa cengkerang nampak macam lintah. Lintah ada sesungut!

Atau sebenarnya nama dia siput lintah. Dah pening pula nak fikir siput ke lintah macam siput babi. Siput ke babi? Cari jugalah maklumat siput tanpa cengkerang ni. Ada yang kata siput tanpa cangkang berbahaya. Berbahaya yang macamana saya pun tak pasti. Mungkin beracun?

Ada juga beberapa persoalan tentang siput tanpa cangkang masuk rumah pertanda apa? Dari pembacaaan saya, katanya bawa petanda yang tidak baik. Wallahu a'lam...

Yang pastinya siput lintah ni kalau ada memang merosakkan tanaman. Habis daun-daun pokok yang ada dikerjakannya.

Siput Tanpa Cengkerang

Eh eh meliuk lentok pula dia. Macam tahu tahu kita nak ambil gambar, dia sibuk berposing ek. Bukan seekor yang merosakkan tanaman. Ada lagi seekor rupanya. Siput lintah ni corak badan dia sebiji macam lintah. Kan?

siput lintah

Tengok sekali okay lagi. Tengok berkali kali rasa geli geliman pula.