Rimbun betul pokok ulam raja belakang rumah mak di kampung. Geram je rasa nak menebas bagi terang tanah. Baru lapang rasa sedap mata memandang pun.

Entah mak tanam atau tumbuh sendiri. Dari sikit jadi rimbun sampai semak jadinya. Tahu-tahu ada anak pokok ulam raja dengan banyaknya tanpa perlu jaga pokok ulam raja pun. Cara tanam ulam raja ni melalui benih, keratan batang atau anak pokok. Betul tak?

Bukan penggemar ulam raja sangat tapi kalau teringin tu baru petik. Tapi ulam raja ni banyak khasiat dan memberikan kesan positif dalam dunia perubatan.

Khasiat pokok ulam raja

1. Mengawal Kenaikan Gula dalam Darah
2. Anti Radang
3. Membantu Melindungi Tulang
4. Membantu Menurunkan Kandungan Lemak & Kolesterol di dalam Darah
5. Fungsi Detoks
6. Bertindak sebagai Anti Fungus & Anti Mikrob
7. Mengawal tekanan darah
8. Bertindak sebagai Anti-Kanser

Untuk maklumat terperinci boleh rujuk thediagnosa.

Mulanya nak menebas tapi bila cabut macam senang lagi. Musim hujan ni kan tanah lembut. Jadi senanglah nak cabut pokok ulam raja sampai ke akar. Effortless! Mudah betul nak cabut. 

Dalam mudah nak cabut pun pecah peluh juga dibuatnya. Sakit membongkok satu hal juga Ingat sikit tapi banyak rupanya pokok ulam raja. Macam hutan ulam raja sudah. Tak nampak dah tumbuhan yang lain. Memang raja betul!

pokok ulam raja

Tapi taklah cabut semua. Ada je tinggal beberapa pokok lagi buat simpanan nak makan nanti-nanti. Pokok ulam raja ni mudah membiak. Tahu-tahu dah merimbun banyak. Lagi-lagi musim hujan ni cepat membesar. 

Sebelum tu, kita ambil gambar bunga ulam raja buat simpanan. Bunganya cantik berwarna putih dan ungu lembut. Bahagian tengahnya berwarna kuning adalah stamen atau sulur bunga, iaitu organ pembiakan penghasil debunga untuk bunga. Jadi, ulam raja membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.

Itu yang mudah membiak merata bila bunga matang ditiup angin. Benihnya akan tersebar merata.

gambar bunga ulam raja

Ulam raja ni kalau dibuat jual memang mahal harganya di bandar. Di kampung memang tak laku sebab orang kampung pun masing masing ada tanaman masing masing kan. Kadang main minta je tak perlu beli. Tuan rumah pun tak kisah. 

Selepas ulm raja dicabut, terang tanah terus tapi belum dibersihkan sepenuhnya lagi. Dah bersih lepas tu dah rasa penat lalu malas nak ambil gambar dah.

tanaman di kampung

Lepas ni boleh tanam pokok lain pula di kawasan ni. Kalau masa banyak di kampung bolehlah buat batas ke tanam sayur. Senang bila balik boleh petik je. Di kampung ni tanam apa pun menjadi. Pokok hidup subur je tanam terus dalam tanah.

Di bandar tanam dalam pasu pun tak mahu hidup. Sedih!