Lepas siap mengemas kebun sekakang kera belakang rumah mak tu, dapatlah membelek pokok kacang botor atau kacang botol. Kacang botol in english "winged bean" dan kacang botol in chinese "si-jiao-dou". Selain itu, ada nama lain lagi untuk kacang botor?

Saya tak pasti mak saya tanam atau tumbuh sendiri tak tahu lah. Di kampung ni campak je benih apa pun, menjadi hidup subur je dia. Kann...

Mak tak makan kacang botor, itu yang tak terambil tu. Anak yang sorang ni kalau balik, semua pokok mak dibeleknya. Kalau tak ambil gambar, ambil hasilnya. Tak pun tukang buang-buang semak sikit.

Banyak kacang botor yang dah tua dan keras. Tak boleh dah nak petik buat lauk. Biarkan je sampai dia kering dan nanti bijinya akan jadi benih. 

kacang botor

Dalam banyak yang tua dan keras tu, ada jugalah rezeki yang kacang botor muda budak sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadilah kan buat ulam atau lauk. Tapi tak sempat buat ulam. Buat lauk je terus. Dapatlah bawa balik rumah. Extra sedap bila dapat makan sayur fresh from pokok.

kacang botor

Ini hanya sebahagian sahaja. Balik rumah dapatlah buat lauk kacang botor tumis 2 kali hidangan. Teringat dulu dulu mak suka masak kacang botor tumis campur dengan cendawan sisir. Musim musim hujan ni mesti banyak tumbuh.

Kalau dibuat kerabu kacang botor pun sedap. Apa lagi resipi kacang botol yang sedap? Kongsikan di kotak komen dibawah.