Ishh..geram pula dengan keyboard ni. Keyboard tidak berfungsi dengan betul, ada yang kena ketuk dua tiga kali baru hurufnya muncul di paparan skrin. Nak kata sangkut, dah dibersihkan sedut habuk guna vacuum. 

Tak boleh jadi macam ni. Minta tolong encik suami bersihkan keyboard. Cara bersihkan keyboard komputer/pc dengan lebih berkesan kena tanggalkan semuanya bersihkan satu persatu. Lagi puas hati. 

Tapi cara bersihkan keyboard komputer/pc/laptop yang biasa orang buat dengan lap guna kain microfiber atau jika ada kesan yang susah tanggal gunakan kapas/kain yang dititiskan dengan alkohol.

Saya guna cara yang susah sikit tapi lebih puas hati dengan hasilnya. Kalau ada banyak masa dan rajin, boleh guna cara bersihkan keyboard macam saya. Gerenti puas hati!

cara bersihkan keyboard komputer mudah

Tanggalkan keyboard dengan menggunakan alatan khas untuk memudahkan proses menangggalkan huruf pada board. Alatan jenis plastik dan juga besi saya dapat percuma semasa membeli keyboard. Selain alatan, dapat juga spare switches keyboard.

Kalau rosak boleh replace. Disebabkan semuanya masih elok berfungsi. Jadi hanya perlu bersihkan dari habuk yang tak diundang sahaja.

cara bersihkan keyboard komputer

Mula-mula bersihkan board, lepas tu barulah bersihkan huruf satu persatu dengan menggunakan kain microfiber. Pastikan sebelum tanggal tu, ambil gambar penuh full keyboard sebagai rujukan untuk pasang semula hurufnya supaya nanti tak silap letak huruf. Silap letak huruf, naya nanti taip lain keluar lain.

spectre pro rgb mechanical keyboard

Dah siap bersihkan, barulah senang hati nak menaip dengan lancar. Bukannya habuk ke apa. Tak tahu lah sebab apa. Saja meminta minta untuk dimanja agaknya. 

Saya guna Spectre Pro RGB Mechanical Keyboard, hadiah dari encik suami beberapa tahun lepas. Masih kuat dan tak banyak ragamannya. Keyboard paling sesuai untuk kerja kerja menaip, main game dan sesuai untuk kegunaan waktu malam sebab ada RGB LED.

Sebelumnya saya guna wireless keyboard yang lebih mesra digunakan tanpa wayar dan juga kurang bunyi menaip. Dah beralih tuan dah keyboard tu. Guna Spectre Pro RGB Mechanical Keyboard lebih mesra jari jemari lagi.


Spectre Pro RGB Mechanical Keyboard
Features
  • 104-Key / Tenkeyless
  • Standard US ANSI Keyboard Layout
  • Volume Wheel w/ RGB LEDs
  • RGB LED Side Underglow
  • Outemu Mechanical Switches
  • 16.8 million RGB Per-key Customization
  • Replaceable Switches w/ Spare Switches & Tools Included
  • Non-Fade Double-shot ABS Keycaps
  • 1.8m Detachable Braided USB-C Cable
  • N-key Rollover, 1000Hz Polling Rate

Software
  • Macro Recording
  • Macro Assignment
  • Custom User Profiles
  • Customizable Per-Key RGB Lighting

Warna RGB LED tu boleh tukar mode warna menggunakan software. Menarik sangat.