Semasa pulang ke kampung minggu lepas, perut meminta minta supaya di isi. Laparlah tu bila hujan. Nak singgah beli malas pula hujan-hujan. Tak boleh jadi ni, perut dah sebu masuk angin. Encik suami singgah 7E nak membeli roti.

Saya kirim beli chocolate snickers. Ada tenaga sikit makan chocolate kan. Masuk kereta, encik suami bagi BTS x Snickers Label Never Mind. Teringat haritu blogger KakSha beli Snickers BTS ada label kata kata motivasi yang berbeza-beza pada setiap pek.

Sejak bila BTS dan Snickers Malaysia berkolaborasi pun tak tahu lah. Rasanya macam dah lama sejak Oktober atau September entah. BTS Army mesti sibuk mengumpul label setiap pek kan. Edisi terhad ni dah tentulah terlajak laris dan trending.

BTS jarang tak trending. BTS x Snickers didatangkan dalam pek warna ungu. Chocolate Snickers yang kaya dengan kacang. Dulu masa gigi muda lagi, syoklah makan jenis chocolate ada kacang banyak.

Sekarang ni gigi dah tua banyak ragam, bila nak makan chocolate yang berkacang rasa bencinta pula. Tambah pula macam manis sikit.

BTS x Snickers Label Never Mind

Rasa sekali cukuplah. Pek BTS x Snickers Label Never Mind ni saya buang terus. Tak kuasa nak simpan. Bukan BTS Army. Minat tu minat tapi nak simpan tu memang taklah. Rajin saya cukup setakat makan je. Nak simpan pek dia tak rajin. Hihi...

BTS x Snickers where to buy? 
Boleh beli di 7E

BTS Snickers chocolate price
Lebih kurang RM3 lebih