Mari kita melangkah ke bab seterusnya, bulan November 2022. Adakah November rain akan berlaku. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap hujan kejap panas kejap mendung. Begitulah juga kehidupan kita. adakalanya gembira, adakalanya duka.

Yang menjadikan kehidupan kita indah adalah dengan bersyukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ
Wa iz ta azzana Rabbukum la’in shakartum la azeedannakum wa la’in kafartum inna ‘azaabee lashadeed

And [remember] when your Lord proclaimed, ‘If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.’- Surah Ibrahim | Ayat 7

Semoga yang baik baik di bulan November ni. Setiap sabtu dalam bulan November ni bakal ada aktiviti penting. 5 November, anak buah nikah. Bertambah lagi anak buah menantu. 12 November, ada mesyuarat penting. 19 November marilah mari kita mengundi. 

Fuhh...penuh jadual hari Sabtu! 

november 2022

Page 304/365
Chapter 11
You’re an orchid among weeds
Be yourself and eembracee your uniqueness
Today you are you that is truer than true
No one is you that is ‘youer’ than you

Bulan November 2022 tak ada cuti umum melainkan cuti negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak dan Kelantan. Selain tu, 8 November akan berlaku gerhana bulan penuh.

Bulan November, baru rancak sikit dunia blog saya. Mood tu dah kembali ke pangkal jalan dah. Kalau tidak, nak jengah blog kawan-kawan pun susah. Bagai ada halangan sebesar gunung. 

Terima kasih yang sudi singgah, tinggalkan komen dan bertanya khabar. 

Cuti Bulan November 2022/ November 2022 holidays

4 November 2022 (Jumaat)  – Hari Keputeraan Sultan Perak (Cuti : Perak)
11 November 2022  (Jumaat)  –  Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Cuti : Kelantan)
12 November 2022 (Sabtu) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Cuti : Kelantan)
13 November 2022 (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Cuti : Kelantan)

Sambutan dan Tarikh penting November 2022

5 November 2022 – Penamaan calon
8 November 2022 – Gerhana Bulan Penuh (November 2022 Lunar Eclipse : Blood Moon/Full moon November 2022)
11 November 2022 – Sambutan Hari Veteran (Veterans Day)
12 November 2022 – Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day)
14 November 2022 – Sambutan Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)
15 November 2022 – Pengundian awal
17 November – Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day)
19 November 2022 – Hari Mengundi PRU15 (November 2022 Election)
19 November – Sambutan Hari Lelaki Sedunia (International Men's Day)
19 November – Sambutan Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)
20 November – Sambutan Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children's Day)
21 November – Sambutan Hari Televisyen Sedunia (World Television Day)
25 November – Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women)
30 November – Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day)
Sabtu pertama November – Sambutan Hari Kanak-Kanak (Children's Day)
Khamis ketiga November – Sambutan Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day)