Cinta Ramadan, sebuah drama yang pernah ditayangkan di Singapura tahun 2013. Ulang siar drama cinta ramadan episod 1 mulai 8 Oktober 2021 di slot Tiara saluran 105 Astro Prima. Drama cinta ramadan dibintangi pelakon Sharnaaz Ahmad, Nurul Nabilah dan ramai lagi.

Juga boleh distrim drama cinta ramadan menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Drama Cinta Ramadan

DRAMA CINTA RAMADAN

Jumlah episod : 2 (8 episod tambahan sekuel drama Danny)
Mula tayangan : 8 Oktober 2021
Waktu siaran : Isnin - Jumaat, jam 6.00 petang
Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima 105
Saluran asal : Mediacorp Suria
Pengarah : Saudara Razi
Negara asal : Singapura
Bahasa : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Penerbit eksekutif : Mano Haran
Penerbit : Melissa Anthony
Syarikat penerbitan : Mediacorp Suria, A Flipside Stories Production

SINOPSIS CINTA RAMADAN

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Ramadan (Sharnaaz Ahmad) yang dikenali dengan nickname Danny. Demi kepentingan duniawi, dia sanggup membelakangkan agama dan keluarga. 

Bila tiba bulan ramadhan, dia telah bertemu seorang gadis bernama Natrah (Nurul Nabilah). Pertemuan tersebut telah mengubah segala-galanya.

PELAKON DAN WATAK

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Ramadan @Danny 
  • Nurul Nabilah sebagai Natrah
  • Firdaus Rahman sebagai Rizal
  • Ahmad Yusoff 
  • Nurijah Sahat
  • Adlina Adil