Telefilem Ara, sebuah telefilem/telemovie 2020 yang pernah bersiaran pada raya ketiga tahun 2020 lepas. 

Tonton Telefilem Ara akan ulang siaran pada Sabtu ini 7 Ogos 2021, jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3 menampilkan lakonan Mimi Lana, Adam Lee, Ruhainies, Aida Aris, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Telefilem Ara

TELEFILEM ARA

Waktu siaran : 7 Ogos 2021 ,jam 10:00 malam
Siaran TV : Cerekarama TV3
Idea Asal DFKL : Wan Izar Haizan
Penulis Skrip : Syiella Annuar & Tam Shuhaimi
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Mimi Lana, Adam Lee, Ruhainies, Aida Aris, Hafidz Roshdi, Adik Cassia, Fatin Afifah, Josiah Hogan dan ramai lagi.
  • Mimi Lana sebagai Ara
  • Adam Lee sebagai Arman
  • Hafidz Roshdi sebagai Taufik
  • Aida Aris sebagai Puan Adibah
  • Ruhainies sebagai Raudhah

SINOPSIS ARA

Ara seorang gadis yang membesar di rumah anak yatim.  Dia merupakan seorang personaliti sebuah program TV. Satu hari Arman bawa kekasihnya Ara berjumpa dengan ibunya, iaitu bakal ibu mentua Ara, Puan Adibah. 

Puan Adibah senang  menerima Ara dalam keluarganya walaupun tidak mengetahui latar belakang Ara yang dibesarkan di rumah anak yatim.

Semasa di rumah Puan Adibah, Ara telah diperkenalkan dengan Raudhah yang merupakan pembantu peribadi Puan Adibah.  Sebenarnya Raudhah dan Ara pernah saling mengenali sebelum ni. Raudhah pernah menjadi intern di tempat kerja Ara.

Konflik bermula apabila Raudhah ingin merampas Arman dari Ara. 

Puan Adibah ingin tahu tentang Ara daripada Raudhah. Raudhah menceritakan hal buruk tentang Ara. Sedangkan apa yang Raudhah pernah terdengar tu hanya separuh cerita. Terjadilah fitnah sehinggakan Puan Adibah dan Arman pun percaya. 

Puan Adibah mula membenci dan tak dapat terima Ara. Hidup Ara diuji disebabkan fitnah yang dibuat oleh Raudhah. Puan Adibah dan Arman menghina Ara. Wartawan dan netizen turut mengecam Ara. 

Ara juga diturunkan posisi menjadi wartawan lokasi daripada pengacara program. Ara kemudiannya mahu berubah. Dia mula mengenakan tudung dan berazam menjadi lebih baik walaupun orang ramai masih skeptikal tentang kebaikannya. 

Ara telah bertemu dengan seorang pendakwah bebas, Taufik (Hafidz Roshdi) untuk satu temuramah. Taufik seorang yang tidak suka ditemuramah dan mengelak untuk bertentang mata dengan perempuan. Sikap Taufik membuatkan Ara rasa kurang senang dengannya.

Selepas bertemu dengan Taufik, Ara telah belajar sesuatu dan belajar untuk jadi lebih baik. Apakah kesudahan antara Ara dan Arman?