Jom Mak, Raya KL!, sebuah drama mini siri sempena raya lakonan andi bernadee, Zara Zya, Dayang Areeda, Bell Ngasri dan ramai lagi. Jom Mak, Raya KL! episod 1 mula bersiaran pada hari raya pertama 13 Mei 2021, jam 10:00 pagi di TV3 sehingga raya ke empat.

Drama jom mak raya kl tv3

DRAMA JOM MAK, RAYA KL!

Jumlah episod : 4
Mula Tayangan : 13 Mei 2021-16 Mei 2021
Waktu siaran : Khamis-Ahad, jam 10:00 pagi
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Azlina Din
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : A. Aida Production

SINOPSIS JOM MAK RAYA KL

Zizan (Andi Bernadee) dan Aida (Zara Zya) berusaha memujuk ibu mereka untuk beraya di KL pada raya tahun ini. Mulanya, Mak teragak-agak untuk bersetuju tetapi akhirnya dia mengalah dan menurut juga cadangan anak-anaknya.

Pengalaman Mak beraya di KL membuatkan mak rasa seronok dan dia ingin kembali beraya di KL pada tahun hadapan.

PELAKON DAN WATAK

  • Andi Bernadee sebagai Zizan
  • Zara Zya sebagai Aida
  • Dayang Areeda
  • Azizah Mahzan
  • Dhia Irdina
  • Bell Ngasri
  • Kazar Saisi
  • Rosnah Johari