Bulan puasa ni, ikut nafsu makan macam-macam teringin makan. Tapi bukan masakan sendiri. Sebab dah jemu makan masakan sendiri. Sesekali kena ubah selera. Sampai satu tahap saya tak boleh nak tengok lauk ayam dah. Tengok mee goreng pun rasa nak muntah.

Bukan main-main ye. Itulah realitinya. Pernah tak mengalaminya? Suami pulak ikut selera isteri. Selalu isteri masak ikut selera suami. Terbalik sudah. Beberapa malam yang lepas, Menyuarakan hasrat nak makan cheesy Stix Dominos Pizza. 

Maka, order lah melalui website since Dominos delivery cover area sini. Pizza hut je tak cover delivery sampai rumah. Nak order Pizza hut kena order via foodpanda. 

Dominos ni datang masa promo dia berbaloi juga membeli. Dominos pizza ni pun dah tahap jemu nak makan juga sebenarnya. Kalau membeli gerenti tak habis. Simpan dan reheat masuk microwave bila nak makan.

Tips Panaskan Semula Roti

Ada orang nak panaskan makanan berasaskan tepung/roti ni kena spray air baru lembut bila dipanaskan semula tu. Tapi cara saya, gunakan bekas yang bertutup dan panaskan guna microwave. Roti tu jadi lebih panas lama sikit dan lembut. 

Make sure guna bekas yang boleh masuk microwave lah. Jangan pulak bungkus dengan aluminium foil masuk microwave. Meletop letop spark api dalam tu nanti!

Panjang pulak ceritanya. Nak dipendekkan cerita, kononnya nak order cheesy stix je sebab teringin makan roti yang ada cheese tu. Alang-alang dah order dah delivery berbayar, order lah menu lain juga buat simpan bila lapar menjelma.

Cheesy Cheddar Stix-RM 10.56

Ikutkan order cheesy cheddar stix ni percuma bila beli 1 pizza. Ada dua pilihan menu iaitu banana kaya dan cheesy stix. Saya pilih cheesy stix of course! Cheddar dia memang padu dalam tu. Tebal dari hujung ke hujung, bukan hujung sahaja sebagai wayang. 

Sedap dimakan panas-panas, barulah cheese tarik berlaku. Makan bila dah sejuk memang tak sedap lah.

Cheesy Mozzarella Stix Dominos

Cheesy Mozzarella Stix-RM 10.56

Harga sama dengan cheeesy stix. Kandungan cheese mozzarella pun padu gak ni. Sama juga kena dimakan panas-panas.

Cheesy Cheddar Stix Dominos

Cheesy Cheddar Stix vs Cheesy Mozzarella Stix

Mana satu pilihan saya? Saya pilih Cheesy Mozzarella Stix sebab dia ada 'rasa' sikit berbanding cheddar yang kurang rasa masin dia sikit. Senang cerita macam tawar sikit lah. But still cheesy cheddar stix menjadi pilihan.

9" Hand Tossed Chicken Pepperoni- RM13.18

Tak dominos lah kalau tak order Pizza sekali, kan? Sebenarnya tak tahu dah nak memilih pizza apa. Beli je lah hand tossed chicken pepperoni. Pilih hand tossed, ubah selera dari thin crust. Sedap juga chicken pepperoni ni ada mozzarella cheese, signature sauce dan chicken pepperoni.

Nota : Buy 1 Pizza, Free 1 Selected Cheesy Stix and 6" Banana Kaya

9" Hand Tossed Chicken Pepperoni Dominos

Fabulous Four RM24.90

Bila order dominos tak sah tak order  fabulous four ni. Ada 4 jenis menu dalam ni. Dari kiri atas cheesy mozarella stix, crazy chicken crunchies, mini cinnadots dan roasted chicken drummets 4 ketul. Cheesy mozarella stix seperti yang saya ceritakan di atas.

Crazy chicken crunchies, bahagian isi ayam macam popcorn chicken tapi saiz besar sikit. Didatangkan bersama sos pencicah yang rasa dia masam-masam sikit. 

Mini chinnadots, yang bahagian depan kiri tu sejenis roti mini dengan rasa cinnamon. Roti yang sedap dimakan panas panas cicah dengan sos gula warna putih tu.

Roasted chicken drummets dah sah-sah lah sedap. Tapi bila kau jemu makan ayam tahap tak boleh masuk lansung, dia jadi tak selera nak makan. Satu ketul je berjaya melepasi tekak. 

Fabulous Four Dominos

Banyak betul makan berdua. Ehhh..tak habis makan sekali hadap pun. Ambil masa 3 hari juga nak menghabiskan ni. Simpan elok-elok dalam peti ais, eloklah dia sampai 2-3 hari macam tu. Kalau lapar betul sekali hadap pun boleh habis, kan? Ini sekadar teringin makan cheesy stix tu je cerita dia.

Tak pasal-pasal geng geng dia termasuk sekali. Hantam sajalah labuuuu...