Masih Ada Rindu, drama melayu bersiri menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Drama masih ada rindu di inspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie yang ditayangkan pada 2 Jun di slot Akasia TV3 arahan Osman Ali. 

Drama Masih Ada Rindu (TV3)

DRAMA MASIH ADA RINDU

Jumlah episod : 16
Mula tayangan : 2 Jun 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis novel : Mimie Afini
Penulis skrip : Naza Manas
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn Bhd

SINOPSIS MASIH ADA RINDU

Nurul Syafika telah berkahwin dengan Lukman Hakim walaupun walaupun tidak mendapat restu daripada ibunya, Zaleha. Kebahagian mereka hanya sekejap cuma, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selama-lamanya. Selepas pemergian Hakim, Syafika menyedari yang dia telah hamil.

Kelahiran anaknya yang diberi nama Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan turut dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya. Luqman Hadi, bekas abang ipar Syafika pula telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi meluahkan perasaan kepada Syafika. Akan tetapi Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim tak pernah berubah. Ada sesuatu berlaku yang membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

PELAKON DAN WATAK

  • Farid kamil sebagai Hadi
  • Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
  • Halim Radzi sebagai Imran
  • Dayang Areeda sebagai Nasya
  • Fahmi Reza sebagai Badrul
  • Aishah Ilias sebagai Syazwani
  • Kuna Muzani sebagai Zaleha
  • Rahim Jailani
  • Aleza Shadan
  • Sri Idrina
  • Nurulazia