The Hotel drama melayu astro ria terkini lakonan Mira Filzah dan MK K-Clique. Drama The Hotel episode 1 mula ditayangkan pada 15 September 2021 di Slot MegaDrama Astro Ria setiap hari Isnin  hingga Khamis, jam 10:00 malam. 

Menampilkan pelakon hebat yang lain seperti Sean Lee, Yasmin Hani, Daler Yusuf, Datin Eina Azman dan ramai lagi.

Peminat MK K-Clique mesti tak sabar nak tengok lakonan pertama beliau. Not typical love story kata Michael Ang sebagai penerbit drama The Hotel.

Drama The Hotel Astro Ria

DRAMA THE HOTEL

Jumlah episod : akan dikemaskini
Mula tayangan : 15 September 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria) 
Idea asal : Michael Ang
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
Penerbit : Michael Ang

SINOPSIS DRAMA THE HOTEL

Mengisahkan tentang Raisa (Mira Filzah), seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya (Yasmin Hani) yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini. Hidup mereka serba serbi dalam kemewahan.

Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat, iaitu dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. 

Sean pula muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa. Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa kerana cerita Sean sentiasa berubah-ubah.

Kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean. Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

PELAKON DAN WATAK

  • MK K-Clique sebagai Sean
  • Mira Filzah sebagai Raisa
  • Sean Lee sebagai Umar
  • Natasha Elyzza sebagai Umaira
  • Yasmin Hani sebagai Maya
  • Daler Yusuf sebagai Razul
  • Alif Hadi sebagai Tengku Arif
  • Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
  • Datin Paduka Eina Azman sebagai Julia
  • Yasmin Hani sebagai Maya
  • Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
  • Asha Merican sebagai Marsha
  • Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin
  • Nabil Aqil sebagai Arman
  • Ku Faridah sebagai Miss Ros
  • Alif Hadi sebagai Tengku Arif
  • Amir Nafis sebagai Tengku Adam 

LAGU TEMA (OST) THE HOTEL

Lagu : Sebelum
Artis : K-Clique