Tesco Malaysia telah rasminya bertukar nama menjadi Lotuss Malaysia. Penjenamaan semula dibuat disebabkan Tesco Group UK telah menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada Konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P Group) pada bulan Disember 2020 lepas.

Tesco Bertukar Menjadi Lotuss
sumber:google



Diambil darilaman Facebook rasmi Tesco Malaysia
“Nampak sesuatu yang berbeza? Nama kami kini ditukar kepada Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd.
Nantikan penjenamaan baharu daripada kami. Satu yang pasti, kami akan terus menceriakan anda dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat.” 

C.P Group

Syarikat yang berasaskan pertanian dan perladangan yang terbesar di dunia. C.P Group kini memiliki pelaburan di 21 buah negara di seluruh dunia.

Perasan tak banyak produk frozen Kilang C.P yang dijual di Tesco. Salah satu produk C.P yang saya suka Ayam gulung C.P.

Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd kini telah menjadi anak syarikat C.P Group. Lotuss Malaysia meneruskan semua operasi di gedung Tesco sedia ada, iaitu :
  • 8,600 pekerja
  • 1 ibu pejabat
  • 2 pusat pengendaran
  • 62 gedung di seluruh semenanjung Malaysia

Ia juga termasuk rangkaian membeli belah secara dalam talian yang paling meluas di Malaysia dengan lebih 100 trak lori penghantaran dan operasi di beberapa buah negeri iaitu Johor Bahru, Negeri Sembilan, Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang.

Dikatakan, Lotuss Malaysia dijangkakan selesai proses penjenamaan semula ni menjelang akhir 2021 nanti. Sebelum Tesco, ia dikenali dengan nama Makro.

Lain pula ceritanya dengan pasaraya Giant yang dah banyak ditutup sejak akhir-akhir ni.

sumber : bharian