Gelabah sekejap bila google buat hal. Boleh pula dia acah-acah kita berhenti perkhidmatan seketika. Perkhidmatan google mengalami gangguan besar selama lebih kurang satu jam seluruh dunia hari isnin semalam mengakibatkan pengguna internet tak dapat access perkhidmatan internet daripada google.

Perkhidmatan Google Seluruh Dunia Terhenti Seketika


Apakah Sebahagian perkhidmatan google :

  • Gmail
  • Google Search
  • YouTube
  • Blogger
  • Google Maps
  • Google Drive
  • Google Calendar
  • Google Docs
  • Google Slides
  • Google Sheets
  • Google Groups
  • Google Hangouts
  • Google Keep
  • Google Tasks

Ahh sudah, dah kenapa email dan dashbord blogger tak error je ni. Kena hacked ke apa? Itu je yang terlintas dalam fikiran. Tak terfikir pula google akan ada gangguan lama macam ni. 

Puas lah dok tekan refresh. Still tak loading page dan keluar error. Lebih kurang dekat pukul 9 malam barulah dapat access email, dashboard blogger dan blog.

Memang terkesan sungguh bila google buat hal macam ni terutamanya YouTube, Gmail, Google Maps dan Blogger. Lebih dari 40 ribu aduan diterima dari serata dunia. Mana tidaknya, ianya menjejas kerja dan pendapatan mereka yang menggunakan perkhidmatan google.

Patutlah nampak adsense segan silu nak naik semalam sebab blog tak boleh view pun. Okay takpe, bukan rezeki semalam. Mungkin rezeki hari ni lebih baik.

Gangguan perkhidmatan google kali ni dikatakan lebih teruk daripada gangguan besar tahun lepas. Macam ingat-ingat lupa kejadian tu. Masihkah kau orang ingat?

Bukan blog dan website je terjejas teruk, beberapa apps juga tak dapat nak access dalam masa yang sama. Bila perkhidmatan besar macam ni tergendala memang akan menjejaskan kerja yang berkaitan.

berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/12/765079/khidmat-google-gmail-youtube-global-alami-gangguan