Ada terbaca kat twitter yang cuaca akan sejuk sampai hujung bulan Julai tahun ni. Kira berita baik lah ni kan. Sebelum ni ada yang kata cuaca panas sampai September. Tup tup tup musim hujan sejuk sekarang ni. Alhamdulillah sejuk lah sikit.

Jimat guna air cond, jimat air juga nak siram pokok bunga. Tapi pokok bunga rumah saya semua bawah atap. Memang tak kena air hujan. Kira jimat jugaklah kot sebab tak perlu siram selalu. Kalau musim panas kena kerap siram sebab tanah cepat kering.

Haritu masa balik kampung, ada juga nampak pokok Calathea macam Calathea Orbifolia tapi bukan dia. Bentuk daun dia lebar warna hijau gelap.

Ada efek shining sikit pada daun. Memang cantik! Tapi dia tak ada garisan putih pada daun macam Orbifolia. Daun dia plain je warnanya. Tapi garisan dia ada tona warna hijau.

Pohon Sepulih

Awak tahu tak apakah nama pokok Calathea ni? Kotlah kau orang pernah nampak atau tahu nama dia. Frust betul tak tahu apa nama pokok ni. Rasanya spesis Calathea family ni. Bukan apa, nak tahu juga details pokok.

Nak jugalah study tentang pokok. Senang nak tahu cara jaganya nanti. Tapi kalau betul jenis Calathea atau ada yang kata pokok keladi kira mudah juga lah manjaganya. Saya ambil jugalah anak pokok dia dari kampung. Nak cuba tanam dekat rumah sendiri.

So far okay je membesar. Belum ada masalah lagi. Mungkin sebab cuaca pun tengah okay sekarang ni kot kan. Harap harap berterusan hidup sihat tu. Kalau dia tumbuh rimbun akan nampak lebih cantik. Letak pulak tu dalam pasu besar putih. Tambah seri hiasan dalam tumah atau luar rumah.

Dah lama saya nak beli Calathea Orbifolia ni tapi tak jumpa jumpa lagi. Terlajak laris juga ke? Tak dapat Orbifolia takpelah, dapat Calathea yang ni pun takpa dulu. Ubat hati yang frust tak dapat. Harap harap dapat junpa Calathea Orbifolia nanti.

Updated on 11 September 2021.
Akhirnya dah dapat tahu ID pokok ni. Seperti di dalam gambar yang diberitahu oleh Azizi Ali. Saya check tiada link profile. Jadi, saya letakkan info dalam gambar terus. Terima kasih banyak-banyak berkongsi info.