Tin! tin! Bunyi yang macam familiar je. Hon abang pos laju! Ingatkan rumah jiran, rupanya rumah sendiri. Seingat Fiza tak ada membeli barang apa-apa. Husband lah yang kena ambil. Senang bila ada husband kat rumah, kita tak perlu nak kalut bersiap nak keluar tu. Datang abang pos laju yang hangin, dia punya tin tin gaya macam orang nak cari gaduh selagi kita tak keluar.

Kita dahlah jenis kalut nak capai tudung nak capai cardigan. Lagilah dapat surprise parcel macam ni tak ready nak siapkan tudung siap-siap. Dalam pada tunggu husband keluar ambil parcel tu, tertanya-tanya jugalah barang apa. Tak sabar nak bukak. Terima parcel di tangan terus tengok siapa pengirim. Lahhh...blogger anum rupanya. Tapi barang apakah?


Selepas parcel dibuka, inilah segala apa yang ada dalam bungkusan parcel tu. Macam-macam ada. Ada tumbler, glass bottle, sheet mask, minyak gamat, fridge magnet dan tak lupa nota comel tu. Lepas post kat media sosial tanya anum. Baru lah tahu hadiah Giveaway. Tapi bila masa menang? Hilang ingatan kejap!

Rezeki dapat semua hadiah dari blogger Anum (anumdarters.blogspot.com). Dah banyak kali juga dapat sourvenir dari Anum. Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aamiin...Terima kasih banyak-banyak Anum. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.