Ehh, tiba-tiba rasa nak makan pulut kuning dengan sambal tumis. Macam sedap je kan! Jumaat lepas bila husband keluar beli barang dah listkan sekali beli beras pulut susu. So anytime nak masak pulut nanti senang. Semalam lah baru nak memasak pulutnya pun. Tukar selera pulak nasi kepada pulut. Lagipun dah lama tak makan pulut kuning kan.

Dulu teringin nak masak pulut, fikir 2 3kali nak masak ke tidak. Kalau ikutkan cara orang lama memang leceh nak kena rendam dulu baru boleh masak. Ikut cara Fiza senang je, cara paling mudah masak pulut kuning guna periuk nasi je. Tak payah beria gunakan perkhidmatan periuk kukus gedabak tu. Inilah hasilnya daripada masak guna periuk. Masak sekata dan tak berkerak.


Bahan-bahan
1 1/2 beras pulut susu 
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan

Kacau semua bahan dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye. Lepas tu tunggu je sampai masak. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.

Pembetulan : 1/2 cawan air sahaja

Senang ya amat nak masak pulut kuning style macam ni kan. Campur campur dan tunggu masak je. Tak leceh dan agak cepat masak pun ye jugak. Mujur juga ada cara senang. Kalau leceh malas juga nak memasaknya. Sukatan bahan-bahan tu kau orang boleh adjust lah. Fiza tak letak santan banyak dan lebihkan air. Garam tu secukup rasa je dan gula tu bagi nak rasa lemak manis santan dan pulut masak cantik berkilat. Letak minyak untuk pulut nampak berkilat juga. Kalau guna santan segar tak perlu letak. Fiza guna santan kotak je. Tak ada santan, guna fresh milk pun boleh.


Sukatan air tu betul-betul tutup paras pulut. Tapi cara macam ni okaylah kan, agak-agak tak cukup masak tambah je air, kacau dan biarkan masak je. Benda senang buat apa nak susah-susah. Hihi..Nak lagi senang masak terus dalam periuk nasi. Tapi mungkin berkerak sikitlah nanti. Tapi kalau periuk jenis tak melekat kira okay lagi lah.