Hai, tengah diet ke tu? Bila tengah diet ni, pening tak tahu nak masak lauk apa untuk diet. Kan? Tak payah pening-pening. Boleh buat ikan masak singgang paling senang dan cepat. Ikan masak singgang Johor style cara mak saya.

Ikan singgang bukan hanya sesuai untuk mereka yang berdiet. Sesuai juga untuk menu orang berpantang atau sakit. Suka makan lauk ikan singgang? Boleh cuba resipi ikan singgang kuning yang mudah dan cepat siap. 

Tak suka ikan singgang kuning? Boleh je buat ikan masak singgang putih. Tak perlu tambah kunyit. 

resipi ikan masak singgang paling senang dan cepat

Cara masak ikan masak singgang ni ada pelbagai cara dan pelbagai versi. Ikut saya, saya suka versi mudah-mudah je. Nak senangkan kerja masak dan cepat masak. Saya masak untuk hidangan 2 orang. Jika lebih ramai, boleh tambah jumlah ikan ikut suka.

Resipi ikan singgang mudah dan sedap

Bahan-bahan
2 ekor Ikan kembung/selar
2 biji bawang merah rose atau 1/2 biji Bawang besar 
2 ulas Bawang Putih
1 inci halia
1 inci kunyit 
1 batang serai
1 keping asam keping
Air

Bahan-bahan di atas saya potong/hiris dan serai ketuk-ketuk je. Nak pedas sikit letak cili besar.

Cara masak ikan masak singgang

1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Kalau nak kuah lebih letak air lebih.
2. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan serai yang telah diketuk tadi.
3. Kemudian masukkan ikan yang dah siap dibasuh dan tunggu je sampai masak. Biasanya ikan masak singgang ni sekejap je dah masak.

*untuk menu diet tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, letak garam sikit dah memadai.  
          
resipi ikan masak singgang paling senang dan cepat

Senang ya amat nak masak ikan masak singgang ni. Tak perlu nak menumis bagai. Tak perlu nak tunggu lama dan paling suka sebab cepat masak. Sedap pun sedap. Lagi-lagi menghirup kuah singgang. Boleh kenyang cepat.

Menu ikan masak singgang memang popular dalam menu diet. Kena dengan citarasa tekak orang melayu. Masakan rebus tanpa minyak memang sesuai untuk mereka yang berdiet. Jadi, kalau sedang berdiet tu, boleh masak ikan masak singgang kalau takde idea.