Malam tadi tengok Cerekarama TV3, kisah Cik Siti. Cik Siti lakonan Izara Aisyah. Dalam masa tengok cerita tu, rasa macam pernah tahu/terbaca kisah perempuan yang berkahwin dan mempunyai 99 orang suami dan kesemuanya mati di malam pertama. Rupanya kisah Cik Siti ni memang wujud dan menjadi misteri suatu ketika dahulu.


Fiza jumpa balik artikel kisah Misteri Cik Siti atau lebih dikenali dengan Cik Siti Jalang di fanpage Persatuan Bangsa Johor dimana kisah ini berlaku di Kota Tinggi, Johor. 

Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.
Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak..
Nota : Makam Cik Siti terletak Dikampung Tembioh Kota Tinggi Johor..
sumber : orang kota-tinggi


Tak pasti sejauh mana kebenaran cerita ni sebab ada banyak versi katanya.