Mesti ramai peminat Abang Beto ni kan? Lakonan Beto Kusyairy yang menjadi, tak kira watak apa sekalipun. Tapi paling suka watak romantik kot. Sampai ada yang jatuh cinta dengan watak tu kan? 

Biasanya kalau tengok cerita, saya tengok siapa pelakon dia. Kalau pelakon okay mesti cerita pun best. Betul tak? Tapi lakonan Beto tak pernah mengecewakan.

lakonan-beto-kusyairy

Okay, siap short entry. Takde idea nak update entry. So update latest artwork pun boleh juga kan.

Beto Kusyairy Biodata

Beto Kusyairy (lahir Nurkusyairy Zakuan bin Osman; 19 Februari 1980) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal, antaranya :
  • KAMI The Movie (2008)
  • Nur Kasih The Movie (2011)
  • Istanbul Aku Datang! (2012)
  • Gila Baby (2014)

Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV : 
  • Kekasihku Seru (2008)
  • Juvana (2011)
  • Jangan Ambil Padang Kami (2012)
  • Hanya Padamu (2013)

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

sumber : wikipedia