Dua tiga hari sebelum ni rasa sakit kat belakang sekali gusi gigi geraham bongsu sebelah kiri bawah, Ingatkan cuma ulser je so just ignore je la. Tapi  jumaat lepas tergerak hati nak tengok kat cermin. Ya Allah, seram pulak tengok apa yang terjadi. Gusi berdarah dan ingatkan tampalan gusi pecah. Ye lah sebab belakang sekali mana nak nampak.

Cepat² mengadu kat husband macam biasa. Haa apa lagi, memang dia terus ajak pergi klinik lah. Tak pasal² dah kena pergi klinik gigi. Tak tahu ker yang wife dia ni memang fobia dengan doktor gigi. Lagi² biler terngiang je bunyi mesin korek² gigi tu..haishh.. Kena pergi jugak ker? Setelah adegan mujuk memujuk seperti dalam drama. Finally, tewas dengan pujukan. Gagah jugak bersiap pergi klinik walau dalam hati meronta tak nak..Takuttt

Kalau kena cabut macamana? Kalau kena tampal? Kena hadap jugaklah jawabnya. Sementara tunggu turn masuk bilik doktor dan mula rasa kecut perut.* macam nak amek final exam! Bukannya sebelum ni tak pernah cabut gigi. Pernah je tapi ni sakit gigi geraham bongsu kot! Kalau cabut gigi geraham biasa pun boleh demam berhari inikan pulak gigi geraham bongsu. Mahu pengsan kang!

1016, dah sampai turn. Masuk jumpa doktor. Ok fine doktor perempuan chinese. Comel doktor ni! Setelah check punya check dia kata radang gusi bukan pecah ke or whatsoever. Sebab gigi geraham bongsu tak tumbuh dengan sempurna macam dalam gambar ni. fuhh selamat gigi den!
radang-gusi-gigi-geraham-bengkak
Sumber gambar dari google
Bila gusi mudah tergigit makanya memang berdarahlah kan. Sebab tu jadi radang dan bengkak. Rasa macam kulit terluka bergesel dengan gigi. sesekali akan rasa sakit. Doktor nasihatkan berus gigi sampai belakang kalau tidak memang akan jadi lagi teruk kalau merebak. Kalau teruk boleh sampai kena buat surgeri cabut tulang..Seram pulak kita dengar. Eh doktor ni main ugut² kita pulak.

Yelah memang rajin gosok gigi tu cuma bila masa sakit ni memang gitu² capai kat belakang sebab sakit. Doktor nak buat scaling tapi mesin rosak pulak. Boleh pulak rosak masa ni. So doktor cuma letakkan ubat dan tak sure apa yang dibuat sebenarnya. Yang penting rasa sakit dia main cucukkat tempat sakit tu..Redha je la bila gigiku dipermainkan sebgitu rupa. Selepas beberapa minit settle dan doktor bagi ubat kumur sekali. Harap lepas ni eloklah. Sakit gigi ni antara sakit paling sakit dan boleh buat sakit kepala, stress dan nak marah je. Dugaan berpuasa ni.

Inilah antara impaction gigi geraham bongsu. 
radang-gusi-gigi-geraham-bengkak
Sumber gambar dari google
Kadang kadang rajin gosok gigi pun tak menjamin kebersihan dan kesihatan gigi. Mungkin juga cara penjagaan tu salah. Penting sangat jaga gigi. lepas ni kena rajin pergi scaling dan check selalu.

Fiza pergi klinik kerajaan je. Kalau dulu pernah buat tampalan kat klinik gigi swasta berhabis ratusan pun belum tentu okay hasilnya. Kat klinik kerajaan ni doktor pun friendly sangat (setakat 2 kali Fiza pernah datang) dan memang bayar sikit je. Cuma kena tunggu turnlah sebab ramai. Tapi since doktor gigi ramai, menunggu tu jadi sekejap je la. Takdelah sampai kematu duduk situ. Alhamdulillah hari ni dah beransur okay rasa sakit tu.

Siapa ada pengalaman sakit gigi geraham bongsu meh story sikit cara nak elokkkan rasa sakit tu.