Malam ni dinner Putu Mayam Pandan je la ye. Sila jangan percaya padahal ini makanan tambahan setelah sebungkus nasi kukus di habiskan :p . Lama jugak tak makan putu mayam pandan ni, biasanya makan yang biasa je.

Antara putu mayam dan putu bambu Fiza lebih suka putu mayam lagi. Bahan lebih kurang sama je kan. Tengok² resepi macam mudah je nak buat tapi nak kena tunggu rajin dulu baru boleh buat se. Remeh juga nak buat makanan yang berkukus ni. Tapi kalau teringin tu beli je kat pasar malam.

putu-mayam-pandan

Dua keping ni pun dah RM2. Maksudnya sekeping RM1. Besar lebih kurang piring kecik tu je. Mahal jugaklah kot atau sebab dah lama tak beli so tak tahu harga terkini berapa. Kat tempat korang berapa pulak?