Eh resepi popsicle lagi? Menarik untuk dicuba why not kita share. Untuk resepi Peanut butter layered ice Popsicle ni kuantiti lebih banyak sikit sebab guna acuan paper cup dan lebih menarik lebih sedap gitu untuk orang dewasa. 

Kalau takde acuan boleh buat cara macam ni ye
peanut-butter-layered-ice-popsicle.html
Sumber dari Dapur Sumbu Praktis

Bahan bahan
Pelbagai jenis kacang ikut citarasa yang telah dicincang halus @ boleh ganti dengan biskut oreo
Aiskrim vanilla atau flava apa pun yang korang suka
Coklat masakan
Stik ais krim
paper cup

Cara cara
1. Masakan coklat dengan kaedah double boiler.
2. Susun bahan dalam papercup:
Kacang, aiskrim, coklat, kacang,aiskrim, kacang, coklat, aiskrim dan last sekali taburan kacang. Letakkan stik di tengah paper cup.* Nak susun ikut suka pun boleh.
3. Bekukan dalam freezer

Sedapnya..cair di dalam mulut!