Sejak akhir² ni ternampak viral pulak gambar Homestay Unik di Kg Paya Rumput Alor Gajah Melaka ni. Nampak menarik je tengok Design homestay yang unik ni lain dari yang lain. Bila tengok gambar ni rasa macam nak pergi je kan. Macam style oversea gitu.

Macam bentuk khemah pun ye ni.
homestay-kg-paya-rumput-alor-gajah

Tengok dalamnya pun luas, bersih dan selesa je. 

homestay-kg-paya-rumput-alor-gajah

Katilnya pun besar. Sesuai untuk satu family ni.

homestay-kg-paya-rumput-alor-gajahhomestay-kg-paya-rumput-alor-gajah
Ada loteng jugak kat atas tu. Mesti ada bilik ke atau tempat santai ke. Takde pulak gambar atas ni. Ini pun Fiza dapat dari facebook, tak ingat siapa share cuma sempat save gambar je. Maklumat lengkap pun takde.

Siapa orang melaka atau yang pernah pergi sini bolehlah share info yang lengkap dan betul ye. Mana tahu ade yang memang nak cari homestay untuk bercuti kat melaka ke boleh try stay sini. Fiza pun macam teringin nak pergi.

Orang melaka, anyone? sebab Fiza google takde pulak maklumatnya, mungkin homestay baru???

Updated
MasBro Village 
Lokasi : Batu 7, Paya Rumput Melaka
Harga : RM 250 ( Boleh memuatkan sehingga 6 orang)
Hubungi : 0133136872