Dua hari selepas aktiviti mendaki Bukit Batu Putih, mendaki Bukit Broga pulak. Kaki tak hilang sakit lagi tu ku gigihkan jugaklah mendaki. Ini kali ketiga mendaki Bukit Broga tapi still semput jugak naik atas. Tapi kali ketiga ni takdelah banyak pit stop sangat. Muahahaha..

Mendaki Bukit Broga
Bukit Broga, Semenyih

Hampir 1jam baru sampai ke puncak ke 1jam? Lupa pulak nak set masa sebab dah penat punya pasal. Sampai kat atas ni pun dah kira lega...phew~ 

Mendaki Bukit Broga
Masa untuk merehatkan kaki. Bertiga je kali ni..anak buah yang lain tak join.

Untuk kali ketiga ni rasanya laluan mendaki dah banyak berubah. Lebih mudah dari yang sebelumnya. Mungkin setiap hari ramai mendaki, so laluan jadi lebih mudah, lebih luas dan lebih ada improvement.

Kami pergi hujung minggu, park memang penuh tapi kami parking kat luar je tak perlu bayar. Kalau park kat dalam tu kena bayar. Tak tahu pulak berapa bayarannya.

Kali ni pergi lewat sikit. Dari rumah pukul 7:++ pagi agak lewat sikit tapi sebab malam sebelumnya hujan so cuaca sejuk sikit la. Tapi bila sampai atas sekejap je matahari dah naik. Terlepas sudah nak tengok matahari terbit.

Jom layan gambar je la...

Mendaki Bukit Broga
Panorama menarik Bukit Broga selepas terbakar beberapa bulan lepas masa musim panas.

Mendaki Bukit Broga
Walaupun panas tapi masih nampak kabus tebal tu..angin tiup sepoi² bahasa.

Mendaki Bukit Broga

Mendaki Bukit Broga
Eh dah kenapa nak ber'titanic' pulak kat sini.

Macam biasa kalau naik Bukit Broga cuma mampu naik bukit pertama je, bukit ke dua dan seterusnya tak mampu dan tak segigih nak mendaki lagi. Rasanya ni kali terakhir lah kot mendaki Broga. Cukup, cukup sudah.

Bila dah puas berehat dan amek gambar,jomlah turun sebelum betul² panas. Nanti bersalai pulak kat atas Bukit ni. Kalau mendaki menguji stamina dan kekuatan kaki tapi untuk turun menguji brek cengkaman jejari kaki sebab ada laluan yang curam.

Mendaki Bukit Broga

Bagi yang pertama kali nak naik Bukit Broga ni stamina kena kuat, jiwa kena kental. Walaupun Bukit je pun. Ni nak share tips sikit. Kalau korang yang dah pernah pergi Broga ada tips lain boleh share kat kotak komen ye.

1. Make sure tidur, rehat dan stamina cukup nak mendaki.
2. Warm up sebelum mendaki. Doa supaya perjalanan selamat.
3. Make sure cuaca elok. Elakkan pergi masa waktu hujan takut licin.
4. Mendaki pada waktu awal pagi, cuaca tak panas bila sampai atas.
5. Bawa bekalan minuman dan makanan. Nak bawak minyak angin pun boleh takut pening ke pitam ke kan.
6. Pakai pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk aktiviti mendaki.
7. Berhati²

Kemudahan di Bukit Broga
1. Toilet
2. Surau
3. Kedai minum [ air kelapa, air nira nipah, aiskrim,air tin, megi cup]
4. Kedai T shirt broga [ ada gambar Bukit broga]
5. parking lot

Nampak dah banyak perubahan kat Bukit Broga ni, Entrance Broga pun dah cantik. Thumbs up! Nak ke Bukit Broga pun tak susah mana. Guna waze je. Google map pun boleh.