Black Board salah satu hiasan untuk dapur atau letak diruang makan. Konon ala ala restaurant lah gayanya. Bajet chef hebat nak tulis menu setiap hari kat restaurant kan. Tapi inilah restaurant kecil "My Home My Kitchen" pulak dah..

Selain fungsinya untuk menulis menu dan nota yang sweet² suami isteri boleh juga berfungsi sebagai magnetic board. Kat sini boleh letak segala bil yang belum di bayar. Yang dah bayar, itu nanti saya cerita dalam entry lain okay.

Black Board Hiasan Ruang Makan dan Dapur
Siapa punyer kerja tak padam bersih bersih ni..haippph

Segala surat menyurat boleh selit je kat bawah tu. Suka sangat dengan black board ni. Multipurpose. Selain sebagai hiasan boleh digunakan untuk letak menulis dan letak document penting untuk KIV (keep in view) selagi belum settle buat. So takdelah lupa lupa kan...

Board ni letak ala ala tinggi saya je takleh letak tinggi ikut level hubby kalau tak nanti tak pepasal saya kena naik atas kerusi nak menulis.  =__=.

Gara² hubby terbekenan dan selepas adegan mujuk memujuk si isteri tanpa rasa bersalah si isteri terus setuju sebab isteri pun memang berkenan juga..hahaha..boleh

Beli kat IKEA
LUNS, writing/magnetic board-RM59.90