Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat jugak mak abah menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Umrah. Mengerjakan Umrah bersama dengan saudara mara dari #warisankutik iaitu warisan sebelah mak menggunakan perkhidmatan umrah Zaheen.

Buat pertama kalinya mak abah naik flight dan pergi tempat jauh memang merisaukan tapi ada saudara mara bersama bolehlah jaga jaga mak abah kat sana nanti.

Mengerjakan Umrah

Tak semua abang dan kakak ada, tak dapat bersama hantar mak abah atas urusan kerja. 

Mengerjakan Umrah

Semoga mak abah diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah. Semoga Allah melindungi mak abah di sana dan Semoga selamat pergi dan balik.

Mengerjakan Umrah

Sebak oii bila tengok mak abah pergi..Nak nangis tapi tahan je boleh? Nangis dalam hati.

Mengerjakan Umrah

Flight pukul 3:15pm delayed pukul 3:28pm

Mengerjakan Umrah

Dari bertolak sampailah mak sampai sana asyik tengok ni je. Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah.

Mengerjakan Umrah

Baru sehari dah rindu.

Mengerjakan Umrah

Ramai yang menunaikan ibadah umrah kali ni. Moga semuanya berjalan dengan baik. Selamat dan segala urusan dipermudahkan.Aminnn... 

Semoga satu hari ada rezeki saya dan encik suami menjadi tetamu Allah juga. Dan semoga mak abah ada rezeki menunaikan haji pula..InshaAllah...