Resepi Roti Puri Mudah je rupenya. Bahan bahan pun tak banyak. Boleh buat santapan bila bila masa je. Bila dah bahan simple je memang rajinlah nak buat. Pertama kali cuba menjadi memang excited nak buat lagi. Cuma kurang kembung sikit roti ni sebab sepatutnya kena lenyek tepung nipis sikit. Tapi takpe, still kembung dan sedap dah memadai.

Roti puri ni sedap makan panas panas masa tengah kembung. Kalau dah sejuk ginilah jadinya, dah mula mengecut..huhu..Lambat snap punya pasal.

roti puri

Pepagi ni bolehlah try buat untuk breakfast.

Bahan²
1/2 kg Tepung gandum
Susu Tepung * tak kisah susu tepung jenis apa. Tapi Fiza guna susu tepung Dutch Lady wiith honey so tak perlu letak gula dah
Air
Garam
2 sudu Butter atau 1 sudu marjerin

Cara²
1. Sediakan air susu [ bancuh susu tepung dengan air dan tambahkan garam. Kalau guna susu tepung biasa tambahkan gula 1-2 sudu ikut citarasa].

air susu roti puri

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung bersama butter yang telah dicairkan (atau marjerin) dan gaul.
3. Masukkan  air susu sikit demi sedikit dan uli menjadi doh. *Pastikan doh tidak melekat. Jika melekat tambahkan tepung.

doh roti puri

4. Dah siap doh, bulatkan kecil kecil dan letak minyak sikit.

doh roti puri

5. Rehatkan selama 5 minit
6. Sebelum menggoreng pastikan minyak panas dan banyak. Lenyek nipis tepung tadi dengen pengelek kemudian goreng setelah minyak panas. Roti akan mengembung semasa goreng :)

cara buat roti puri

Sediakan roti puri bersama sambal sardin. Tumis bawang merah,bawang putih dan tambah cili kalau nak pedas. Dah garing bahan tumis masukkan sardin dan biarkan masak seketika. Dah boleh dihidang bersama roti puri. Memang sedap!

sambal sardin

Selamat mencuba :)